Aku Yang Tersakiti

0
9

Aku Yang TersakitiAku Yang Tersakiti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ni first time aku tulis confession. Takde siapa yang disekeliling aku yang aku percaya untuk cerita semua yang aku akan ceritakan lepas ni.

Dari aku baby aku dibesarkan oleh adik perempuan ayah(umi) dan suami dia(abah). Bukan ayah dan ibu aku tak mampu nak besarkan aku tapi umi dan abah yang nak jaga aku sebab diorang takde anak lagi masa tu. Benda ni semua aku tahu sejak aku kecik lagi. Ni bukan rahsia. Ibu aku jadi pengasuh aku tiap hari umi abah pergi kerja sampai umur aku dalam 4 tahun. Bila aku start tadika aku dah tak dijaga dah oleh ibu. Umi dengan abah ni baik dengan aku jaga aku elok elok.

Adik beradik kandung aku time tu ada 3 beradik termasuk aku sekarang dah 6 adik beradik kandung. Aku ada abang ada kakak. Dua tahun lepastu umi mengandung. Anak lelaki. Aku namakan Q. Kitorang rapat. Sepanjang kitorang membesar memang kitorang paling rapat. lagi rapat dari aku dengan adik beradik aku yang lain. Benda ni biasa je. Aku okay je duduk dengan umi sebab dalam rumah dia ada 2 adik perempuan dia yang dah besar yang dah kerja, makcik aku yang aku paling sayang. Lebih dari aku sayang ibubapa kandung dan yang membela aku. Ye aku jahat tapi aku takkan lupa kebaikan diorang.

Aku cuma akan rasa sedih bila adik beradik aku yang lain datang rumah umi lepastu kalau diorang balik time aku tengah tidur, tu aku tak boleh terima. Aku akan rasa sedih sangat. Tapi aku dari kecik memang tak reti nak bercerita nak luahkan. Aku pendam je.

Cerita yang aku nak cerita ni mula masa umi dapat anak perempuan, aku namakan Aina. masa tu aku 6 tahun, 2003. Sebelum umi dapat anak perempuan tu, umi tiap pagi akan siapkan aku. Aku kalau pergi tadika, aku lah budak perempuan yang paling kemas. Umi akan dandan rambut aku cantik-cantik ikat semua tocang semua rambut aku. Paling lawa lah dekat tadika. Bila dia dah ada baby takde dah la masa nak buat semua tu. Aku pon takdelah heran sangat. Kepala aku pon dah sakit tiap hari kena ikat.

2004 kitorang pindah rumah. Dalam daerah yang sama tapi kawasan lain. Time tu pon aku dah darjah satu. Apa yang aku tak boleh lupa bila ada satu malam tu, aku tengah main dekat dalam bilik umi dengan Q dekat lantai. Aina ada dalam bilik time tu atas katil. Aku dah buat penghadang supaya dia tak jatuh. Tengah syok aku dengan Q main aku tak ingat main apa TIBA-TIBA…

Tiba-tiba Aina jatuh dari katil kat tepi katil yang kitorang tengah duduk main tu. Umi abah dan 2 makcik aku masuk la bilik nak tengok. Nak tahu apa jadi lepastu?

Aku yang tak tahu apa apa time tu darjah satu kena marah dan kena pukul dengan hanger oleh abah. Sedih weh sedihh sangat. Ye aku tahu dia sayang anak dia, dia susah nak dapat anak tapi apa salah aku sampai aku yang kena marah kena pukul? Q dia tak marah pon. Makcik aku pon tak boleh nak buat apa, masing masing terkejut. Abah tak tanya terus nak marah. Lepastu makcik aku tanya macam mana Aina boleh jatuh. aku cakap la aku tak tahu aku tengah main dengan Q. Salah aku ke budak tu jatuh?

Masa bulan puasa tahun yang berikutnya kalau tak silap aku. Time berbuka si Aina ni main kereta sorong yang kecik tu lepastu dia terjatuh, kepala dia terhantuk dekat kaki kerusi kayu jati.TAJAM dan keras. Aku tak rasa apa pon bukan aku yang jatuh. Time tu menggelupor semua orang terus bawak hospital darah banyak giler. Kena jahit kepala budak tu. Aku takde berdendam pon dengan budak tu. Aku okay je.

Masa aku darjah 5,2008. Ini kejadian yang aku tak boleh lupa sebab first time dalam hidup aku umi panggil aku bodoh. Cerita dia ceni. Dia suruh aku buang sampah kat dapur tu. Aku pergi la tapi aku pon bingai jugak la aku lembab sikit bab buat kerja ni kotor ni. Dia suruh aku ikat sampah tu aku tak tahu salah aku apa dia cakap aku bodoh. terkejut aku, sedih. pasal buang sampah je kot takyah la nak cakap camtu. Kalau nak cerita banyak lagi yang boleh buat aku sedih.

Pernah pakcik aku dari kampung nak bawak anak-anak dia pergi pusat sains. dia ajak aku dengan Q dengan Aina. Tapi umi tak kasi aku ikut. Q dengan Aina boleh ikut. kau rasa? Aku sampai sekarang tak faham kenapa aku tak boleh ikut. Kakak sedara aku puas ajak aku pergi tapi umi cakap tak boleh tak payah duduk je rumah.

Masa aku darjah berapa aku tak ingat bulan 12 hari jadi aku makcik aku belikan aku satu jam jenis besi ni. Aku suka pakai jam. Jam akan sentiasa ada dekat tangan aku kecuali time mandi dan tidur je aku cabut. Satu hari aku tinggal berdua je dengan Q dekat rumah yang lain semua keluar. Kitorang main main acah cakar cakar muka tapi tak cakar betul betul pon. Pastu jam aku terseret kat muka dia tercalar la muka budak tu. Serius aku tak sengaja. Aku cuak jugak la tapi dia okay je. Umi balik tengok muka anak dia macam tu apa lagi mengamuk la oii orang tua tu. Muka aku dicakarnya balik hahaha kelakar aku rasa bila teringat balik tapi time tu aku sedih. Ye aku tahu anak kau. Hm.

Ada satu malam ni aku merajuk sebab apa aku tak tahu tak ingat pastu aku masuk bilik makcik aku nangis atas katil dia. Dia datang nak pujuk TIBA-TIBA..

Tiba-tiba umi datang cakap takyah pujuk dia ni ngada-ngada sangat pastu cubit cubit aku. Sedih aku weh.

Aku dari dulu selalu terfikir dan selalu cakap sensorang. Ye aku cakap sensorang tapi takdelah sampai tahap ada kawan yang tak wujud. Ibarat aku cakap dengan diri aku sendiri version lain. Aku selalu terfikir kalau umi ni benci sangat aku kenapa dia tak pulang kan aku dekat family aku.

Kalau orang tanya kenapa aku tak bercerita tak mengadu dekat makcik makcik aku tu? Sebab diorang pon tahu aku memendam diorang nampak semuanya tapi diorang tak boleh nak buat apa. Diorang pon tahu aku dari kecik pelik. Aku takut nak jumpa orang nak bergaul dengan orang. Tak reti aku. Aku tak kata dan tak rasa ibu,ayah,umi dan abah ni jahat ke apa ke. Diorang baik tapi mungkin cara diorang tak kena dengan aku yang menjadikan siapa aku hari ini.

Banyak lagi sebenarnya yang terjadi yang lagi teruk bila kitorang pindah rumah dan makcik-makcik aku tak ikut. Nak cerita panjang-panjang pon belum tentu confession aku ni di publish. Andai kata confession aku ni di publish dan ramai orang nak tahu apa lagi yang jadi aku akan buat sambungan.

– JAWI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sumber: IIUM

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here