Angelina Jolie mahu kes perceraian dengan Brad Pitt selesai tahun ini

0
5

LOS ANGELES: Aktress Angelina Jolie Pitt mahu proses perceraian dengan suaminya yang juga pelakon Brad Pitt dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini.
Perisytiharan itu dikemukakan menerusi proses pendengaran pengurusan kes yang difailkan Selasa (7 Ogos) oleh peguam Angelina di Mahkamah Tinggi Los Angeles. Dalam dokumen difailkan di mahkamah itu menyatakan bahawa peguam Jolie akan berurusan dengan peguam Pitt bagi memastikan proses itu selesai tahun ini.
Dalam kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah Pitt dikatakan gagal membayar nafkah yang mencukupi terhadap anak-anak mereka sejak pasangan itu berpisah.
Pelakon Filem Troy itu juga didakwa gagal menguruskan kewangan tidak rasmi mereka dan Angelina terpaksa meminta perintah mahkamah untuk mendapatkan pembayaran retroaktif darinya.
Peguam Pitt, Lance Spiegel tidak memberikan sebarang komen.
Angelina memfailkan perceraian hampir dua tahun lalu dan kini mempunyai hak penjagaan terhadap enam anak mereka.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here