'Sebat bukti serius tangani LGBT'

0
18

'Sebat bukti serius tangani LGBT'PASANGAN lesbian berusia 22 dan 32 tahun berjalan keluar meninggalkan dewan bicara selepas menjalani hukuman sebat di khalayak umum atas pertuduhan melakukan hubungan sejenis di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang, hari ini. FOTO Ghazali Kori Hanneeyzah Bariah Baharinhanneeyzah@bh.com.my

HUKUMAN sebatan terhadap pasangan lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, hari ini, membuktikan pihak berkuasa serius melaksanakan undang-undang membendung amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan hukuman itu yang buat kali pertama di Terengganu juga diharap dapat menjadi titik tolak membendung amalan LGBT serta pergaulan bebas secara lebih tegas.

Beliau berkata, golongan LGBT yang menentang hukuman berkenaan perlu memahami bahawa perlakuan songsang mereka bertentangan dengan hukum agama dan budaya masyarakat negara Islam dan perlu ditangani.

"Sebagai pentadbir kerajaan, kita mendukung 'rule of law' (prinsip undang-undang) yang mana tindakan yang salah dalam enakman, undang-undang dan peraturan, haruslah dikenakan tindakan.

"Kerana undang-undang itu ada, maka kita tegakkan undang-undang itu dan mereka (pengamal LGBT) yang tidak puas hati kena faham duduk perkara ini.

"Hubungan songsang ini perlu dibendung dan kita percaya (hukuman sebatan) ini menghantar mesej bahawa perbuatan tidak sesuai dan salah seperti ini (LGBT) tidak wajar dilakukan," katanya selepas merasmikan Seminar Kearifan Tempatan – Tekstil dan Pelancaran 'e-Commerce' Muzium Maya di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Bahrin A Kassim dan Pengarah Muzium Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini, mengenakan hukuman masing-masing enam sebatan terhadap dua pesalah wanita berusia 22 dan 32 tahun.

Dr Ahmad Samsuri berkata, apa yang lebih penting kini adalah bagaimana hukuman berkenaan boleh mendidik anak muda mengenai kesalahan amalan LGBT sekali gus menangani penularan gejala itu yang semakin membimbangkan.

Berita berkaitan:

[UPDATE] 100 saksi lesbian disebat [METROTV]

Lesbian disebat hari ini

Lesbian kena denda, sebat

Hukuman sebatan pasangan lesbian ditangguh

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 4:04 PMOriginal Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here