Monday, September 24, 2018

[UPDATE] Angkara gaji

[UPDATE] Angkara gajiKETUA Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman (tengah) bersama Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9), Superintendan Mohd Razali Mohd Idrus (kiri) dan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah menunjukkan pistol yang digunakan pengawal keselamatan dipercayai suspek yang menembak mati rakan sekerjanya di sebuah kilang ubat Taman Farmasi, Seri Iskandar ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh. FOTO L. Manimaran Mohd Hafizee Mohd Arophafizee@nstp.com.my POLIS menahan pengawal keselamatan dipercayai suspek yang menembak mati rakan sekerjanya di kilang ubat di Taman Farmasi di Seri Iskandar, Jumaat lalu. Risikan dan pemantauan dijalankan polis di rumah suspek berusia 52 tahun itu di Telok Bakong, Lambor Kanan, Bota berjaya menahannya 7.30 malam tadi selepas usaha menahannya sehari sebelum itu gagal kerana suspek tiada di rumah. Harian Metro Jumaat lalu melaporkan, mangsa ya..

[UPDATE] 100 saksi lesbian disebat [METROTV]

[UPDATE] 100 saksi lesbian disebat [METROTV] Fitri Nizamcnews@nstp.com.my HUKUMAN sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang berusia 22 dan 32 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang. Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan enam kali seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Rosdi Harun; dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada 10.10 pagi. Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini. Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Turut menyaksikan hukuman adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pen..

Inilah jejaka pilihan Elfira Loy

Inilah jejaka pilihan Elfira LoyFOTO IG Elfira LoyFOTO IG Muhammad Faris Khairol Najiy Jefrinajiy.jefri@hmetro.com.mySELEPAS enam bulan melalui episod putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy dikhabarkan sudah menemui cinta baru apabila dilaporkan mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka pagi hari ini. Menurut laporan sebuah portal, Elfira dikatakan selamat mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Faris Khairol Anuar kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur. Difahamkan, jejaka itu bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota. Elfira dan Faris yang berusia 27 tahun dikatakan mula berkenalan pada Ramadan lalu. Harian Metro cuba mendapatkan kenyataan daripada ibu kepada pelakon itu, Filzah Yusoff namun dia memilih untuk mengunci mulut dan berkeras untuk tidak menjawab setiap persoalan yang diajukan. Sementara itu, usaha menghubungi Elfira turut tidak berjaya apabila pelakon itu mematikan telef..

'Mereka tetak, kelar beberapa kali…'

'Mereka tetak, kelar beberapa kali...'LAPORAN media, sebelum ini. Mohd Azam Shah Yaacobmohdazam@nstp.com.my“PADA waktu itu, saya lihat mereka menghentak kepala dua bapa saudara saya dengan tukul besi beberapa kali dan saya hanya mampu menjerit meminta tolong," ujar Shahwanar Mohamad Yusof, 18. Remaja itu adalah saksi kejadian bunuh dipercayai dilakukan tujuh lelaki warga Myanmar termasuk ustaz sekolah tahfiz dalam kejadian di Blok 20, Taman Wilayah, di Ampang, Jumaat lalu. Menurut Shahwanar, dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, tujuh lelaki berkenaan turut menetak dua bapa saudaranya dengan kapak yang dibawa selain mengelar mereka beberapa kali menggunakan parang. Menceritakan kejadian itu, dia berkata, sebelum kejadian, tujuh lelaki itu mencari bapanya iaitu Mohamad Yusof di rumah mereka yang terletak di tingkat tiga flet berkenaan. Katanya, pada masa yang sama, dua bapa saudaranya, iaitu Chaw Kat Ali Imran Ali, 33, dan Mohamed Ali Imran Ali, 45, terserempak dan menegur tuj..

Hentak, tetak, kelar dua beradik

Hentak, tetak, kelar dua beradikDUA beradik warga Rohingya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Gombak, hari ini selepas mati dibunuh tujuh lelaki warga Myanmar termasuk ustaz sekolah tahfiz dalam kejadian Jumaat lalu. FOTO ihsan pembaca Mohd Azam Shah Yaacobmohdazam@nstp.com.my TIDAK berpuas hati akibat ditegur keluarga murid tahfiz yang diajar, tujuh lelaki warga Myanmar termasuk ustaz sekolah tahfiz di Ampang Campuran, Selangor bertindak kejam menghentak dua beradik lelaki etnik Rohingya dengan tukul besi sehingga maut. Dalam kejadian pada 11 pagi Jumaat lalu di Tingkat Tiga, Blok 20, Taman Wilayah, Kuala Lumpur, tujuh lelaki berkenaan turut menetak serta mengelar mangsa iaitu Chaw Kat Ali Imran Ali, 33, dan Mohamed Ali Imran Ali, 45, di seluruh badan. Kejadian dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh suspek berdendam dengan keluarga mangsa yang sebelum ini mempertikaikan tindakan pengajar di sekolah tahfiz berkenaan menampar anaknya pada awal Ogos lal..

Ugut gunting kemaluan budak [METROTV]

Ugut gunting kemaluan budak [METROTV] Shahrul Nizam Mohamadcnews@nstp.com.my KANAK-KANAK berusia lapan tahun dikenakan hukuman tidak masuk akal oleh dua petugas pusat jagaan kanak-kanak di Lorong Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad, dekat Kuantan, malam tadi. Dua petugas itu dikatakan mencucuh api pada kemaluan dan mengugut untuk menggunting kemaluan mangsa, selain memukul badan serta kepala mangsa menggunakan rotan. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 7 malam dan disedari bapa mangsa berusia 25 tahun selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial. Difahamkan, kanak-kanak terbabit dipukul tanpa belas kasihan kerana melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas buang air besar. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dua petugas pusat jagaan itu sudah menghubungi bapa mangsa selepas menyedari video berkenaan sudah viral dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. "Mereka sudah hubungi bapa kanak-kanak itu da..

Rampas syabu 1 tan [METROTV]

Rampas syabu 1 tan [METROTV] Hadzlihady Hassanhadzlihady@nstp.com.my POLIS narkotik Bukit Aman merampas syabu 1,066 kilogram bernilai RM54 juta dalam serbuan di stor di Jelutong, Georgetown, Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rampasan dadah itu adalah yang terbesar di negara ini. Menurutnya, serbuan terbabit dilakukan 4 petang dan pihaknya menemui dadah berkenaan yang ketika itu disimpan dalam lori. “Susulan daripada itu kita turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang juga pemandu lori bagi membantu siasatan. “Kita percaya dadah terbabit dibawa masuk dari negara jiran kemungkinan melalui jalan darat atau laut ke negeri ini,” katanya. Menurutnya, dadah itu dipercayai untuk dieksport ke luar negara oleh sindiket dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut. “Pulau Pinang dijadikan sebagai hub penyeludupan dan pengedaran dadah sebelum ia ditransit ke negara lain. “Ini kerana negeri ini mempunyai laluan masu..

[UPDATE] Penuntut UiTM, pemandu bas maut

[UPDATE] Penuntut UiTM, pemandu bas mautBAS ekspres dua tingkat yang terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut. FOTO Ihsan Bomba Muhammad Apendy Issahakapendy@nstp.com.my KEMALANGAN maut membabitkan bas ekspres dua tingkat di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana, hari ini mengorbankan nyawa pemandu dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar. Dua mangsa yang maut adalah pemandu bas, Mohamad Azizul Che Aziz, 31, dan penumpang, Munzirah Jalaludin, 20, penumpang yang juga penuntut UiTM Seri Iskandar. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian kira-kira 5 pagi itu membabitkan bas dengan 38 penumpang dan dua pemandu. “Siasatan awal mendapati bas berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bahru ke Lumut dan ketika sampai di Kilometer 12.5 Jalan Ipoh-Lumut , Batu Gajah dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan. “Akibat kemalangan itu pemandu bas dan s..

Penantian 7 tahun bakal berakhir

Penantian 7 tahun bakal berakhirKAKA Azraff. FOTO Nurul Syazana Rose Razman. Najiy Jefrinajiy.jefri@hmetro.com.myKaka Azraff berharap penantian untuk tampil dengan album penuh pertama selepas tujuh tahun bakal berakhir awal tahun depan. Meskipun ia tempoh yang panjang, penyanyi yang kini popular dengan lagu Sibuk ini tidak pernah berasa kecewa malah sentiasa percaya rezeki akan datang pada waktu yang tepat. “Jika tiada aral melintang, album saya akan siap sepenuhnya awal tahun depan. Setakat ini kami masih mencari material sesuai untuk dimuatkan dalam album berkenaan. “Sebenarnya saya tak sabar melihat hasilnya memandangkan ini ‘first baby’ selepas tujuh tahun berada dalam industri seni. “Walaupun terpaksa menunggu, saya sentiasa optimis dan tidak pernah berasa kecewa. Bagi saya, setiap artis ada perjalanan seni berbeza. “Saya tidak melihat tujuh tahun sebagai satu tempoh lama kerana percaya kalau Allah nak beri sesuatu mesti pada waktu yang tepat,” katanya. Menurut Kaka, album terbab..

'Siapa cepat dia dapat'

'Siapa cepat dia dapat'HAEL Husaini. FOTO Nurul Syazana Rose Razman. Sudirman Mohd Tahirsudirman@hmetro.com.myTahun lalu Hael Husaini ‘mengganas’ menerusi lagu Jampi hingga dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32). Rentetan daripada kejayaan itu, Hael, 31, atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi menjadi buruan kebanyakan penyanyi baru dan lama bagi mendapatkan khidmatnya menghasilkan lagu baru. Sentuhan magis Hael bersama rakannya, Ezra Kong memberi warna baru dalam industri muzik tanah air sekali gus meletakkan dia antara komposer muda yang bakal melakar sejarah baru. Ingin berkongsi kejayaan diraih, Hael berkata, dia tidak memilih penyanyi untuk menghasilkan lagu. Dia berpegang kepada konsep siapa datang dulu dia dapat. “Setakat ini saya belum pernah menolak mana-mana penyanyi yang minta lagu. Cuma saya akan memaklumkan mereka mengenai jadual kerja. Maksudnya kena ‘que’lah. “Dalam bidang penciptaan lagu, tidak ada istilah memilih penyanyi dan saya buat untuk semua...

Like Kami @ FB

123PeminatSuka

'Hang pasai pa?'

Sebak seketika pada sebatan ketiga

'Sebat bukti serius tangani LGBT'

[UPDATE] Angkara gaji

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com