Lagi Berita

Nostalgia zaman sekolah

Nostalgia zaman sekolahNAIM (kiri) dan Ismail. FOTO Aziah Azmee Michelle Gunmichellegun@hmetro.com.mySetiap individu mempunyai kenangan manis menyambut Hari Kebangsaan. Bagi selebriti Ismail Izzani dan Naim Daniel, kenangan menyambut ulang tahun hari bersejarah negara itu ialah ketika mereka bersekolah. Pelakon dan penyanyi Naim Daniel, 21, berkata, mendeklamasikan sajak sewaktu di sekolah menengah sentiasa menjadi kenangan sukar dilupakan. “Ketika itu, saya berada di tingkatan lima. Selaku ketua pengawas dan pelajar, saya diminta guru mendeklamasikan sajak sempena sambutan Hari Kebangsaan,” katanya. Menurut pelakon Bisik Pada Langit itu, dia menghasilkan sajak sendiri dan menonton filem Embun untuk mendapatkan ilham. “Sebagai generasi muda, saya tidak pernah merasai kesusahan dan pengorbanan pejuang silam demi membebaskan tanah air daripada penjajah. “Jadi, filem itu banyak memberi idea kepada saya untuk menghasilkan sajak,” katanya. Sebagai anak seni, Naim berpendapat artis me..

Debaran buru tiga mata

Debaran buru tiga mata ReutersManchester, England: Tekanan memuncak buat Manchester United ketika mereka berkunjung ke Burnley, Ahad ini terdesak untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam apa yang dilihat permulaan buruk kempen Liga Perdana Inggeris musim ini. Kekalahan 0-3 di laman sendiri kepada Tottenham Hotspur awal pagi Selasa lalu menyusuli kekalahan 2-3 di Brighton dan kelemahan benteng pertahanan menjadi punca dua kekalahan anak buah Jose Mourinho. Kemarahan Mourinho ketika sidang akhbar pasca perlawanan meningkatkan tumpuan terhadap corak pengurusannya, namun tiada sebarang petunjuk daripada lembaga pengarah United bahawa mereka mahukan perubahan di bangku simpanan. Bagaimanapun, kekalahan di Turf Moor pasti mencetus kebimbangan besar mengenai hala tuju kelab itu di bawah kendalian bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu. Mungkin agak melegakan Mourinho kerana Burnley belum menemui sentuhan seperti dipamerkan mereka musim lalu, apabila mereka secara mengejut bera..

Indahnya aturan jodoh

Indahnya aturan jodohHILMI Syukran bersama Nurul Huda ketika berbulan madu di Langkawi. Mahaizura Abd Malikmahaizura@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Berkenalan cuma sehari melalui Facebook (FB) sebelum kedua-duanya bertemu dan sepakat meneruskan ikatan ke jinjang pelamin. Itulah uniknya kisah cinta pandang pertama, Hilmi Syukran Mohd Rashid, 25, dan suri hatinya, Nurul Huda Hamat, 25, yang selamat diijabkabulkan pada 18 Ogos lalu. Guru bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kampung Hubong, Endau, Johor itu berkata, perkenalan mereka berlaku secara tidak sengaja apabila dia jatuh hati pandang pertama melihat foto isteri bersama rakannya di FB yang dimuat naik rakan mereka pada Aidilfitri lalu. “Pada 18 Julai lalu, saya terpandang gambar kawan saya bersama empat rakan wanitanya sebelum saya komen ‘jubah hitam’ kerana dalam ramai-ramai itu, saya suka tengok dia. Tak sangka pula kawan sekolah saya itu ‘tag’ FB isteri saya yang juga kawan baik dia. “Apabila tahu identiti empunya badan jubah hitam it..

Kejamnya!

Kejamnya!BANGKAI gajah dipercayai ditembak oleh pemburu untuk mengambil gadingnya untuk dijual di pasaran Asia, bangkai gajah berkenaan ditemui Jabatan Perlindungan ditemui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang di Hutan Simpan Lesung, Rompin pada penghujung tahun lalu. FOTO Ihsan PERHILITAN Amin Ridzuan Ishak dan T.N.Alageshcnews@nstp.com.my DITEMBAK di kepala sebelum gajah dewasa dipotong di bahagian mulutnya menggunakan gergaji rantai untuk mendapatkan gadingnya. Itu penyeksaan dilalui gajah dewasa yang kematiannya dikesan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang di hutan simpan di negeri ini pada penghujung tahun lalu yang menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan ancaman pemburu haram. Penjualan gading gajah mampu memberi pulangan lumayan iaitu sehingga mencecah AS$2,000 (RM8,100) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk pasaran luar negara menyebabkan gajah kini berdepan ancaman pemburu haram. Pembersihan hutan mendeda..

'Kami malu dengan kawan-kawan'

'Kami malu dengan kawan-kawan'TIGA beradik, Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, Nur Alia Adila, 11, dan Nur Alia Apira, 9 menunjukkan pakaian seragam sekolah yang dibeli ibunya tetapi tidak dapat ke sekolah ketika ditemui di Kampung Panggong Lalat. FOTO Ramli Ibrahim Ramli Ibrahimcnews@nstp.com.my MALU dengan rakan sebaya, tiga beradik yang terpaksa berhenti sekolah sejak setahun lalu kerana kemiskinan keluarga, hanya berkurung dalam rumah. Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, kakak sulung tiga beradik terbabit berkata, mereka sedia tinggal di asrama jika dibenarkan bersekolah semula. “Setakat ini belum ada sebarang tawaran daripada Jabatan Pendidikan berhubung perkara itu. Tolonglah, kami tiga beradik mahu bersekolah semula. "Saya dan dua adik memang teringin sangat ingin ke sekolah seperti rakan lain,” katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan kemiskinan hidup menyebabkan tiga beradik terpaksa berhenti sekolah dan tidak lagi bergaul dengan rakan sebaya mereka. Mereka terpa..

Tergilis anak

Tergilis anakKEADAAN kereta terbabit kemalangan itu. FOTO Ihsan Pembaca Muhamaad Razis Ismailrazis@nstp.com.myKANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun maut selepas digilis kereta yang dipandu bapanya di hadapan sebuah restoran di Jalan Kota Bharu di Kota Bharu, malam tadi. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa Muhammad Rayyan Rizqi Mohd Fakhrul Zaman maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika kejadian, mangsa bersama ibu bapanya baru selesai makan di sebuah restoran. Katanya, mereka kemudian ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumah. “Mangsa dan bapanya berusia 38 tahun masuk ke dalam kereta Proton Iris sebelum dia diletakkan di tempat duduk penumpang depan . Mangsa dilihat menyandar di pintu hadapan sebelah kiri. “Ibu mangsa yang berada di luar kemudian membuka pintu sebelum mangsa terjatuh ke luar kereta..

Sambutan penyatuan rakyat [METROTV]

Sambutan penyatuan rakyat [METROTV]Kehadiran orang ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang. FOTO Mohd Fadli Hamzah BERNAMAHARI Kebangsaan 2018 yang disambut hari ini menjadi medan penyatuan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat patriotisme dan kepentingan perpaduan demi kesejahteraan negara. Hari Kebangsaan 2018 yang tiba di kemuncaknya dengan acara perbarisan dan perarakan di Putrajaya hari ini, menampilkan empat komponen yang senada dengan tema sambutan "Sayangi Malaysiaku" iaitu kenegaraan; ketenteraman awam; keselamatan negara dan rakyat bersepadu. Sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dataran Putrajaya, majlis yang disaksikan jutaan rakyat melalui kehadiran di lokasi serta tontonan siaran langsung di kaca televisyen dan media sosial, dimulakan dengan nyanyian lagu keramat Negaraku dan disusuli bacaan ikrar Rukun Negara. Deruan helikopter di ruang udara Putrajaya kedengaran apabila lima buah helikopter iaitu dua EC 725 AP dan sebuah Sikorsky S61..

Kaki palsu modal RM16 [METROTV]

Kaki palsu modal RM16 [METROTV] Suraya Roslansurayaroslan@hmetro.com.my Puchong: Hanya bermodalkan RM16, seorang pemandu lori membuat kaki palsu rekaan sendiri menggunakan paip polyvinyl chloride (PVC) demi meneruskan kelangsungan hidup mencari rezeki selepas kaki kirinya dipotong akibat kencing manis. Kecekalan bapa dua anak itu, Noorshafry Abdul Malik, 47, menjadi tular di media sosial selepas rata-rata netizen memuji tindakannya yang kreatif demi mencari rezeki untuk menyara anak dan isteri. Katanya, dia tidak boleh terus menunggu kaki palsu yang berharga sekitar RM5,000 hingga RM50,000 untuk hidup berikutan simpanannya kian menipis selain perlu melakukan sesuatu untuk menggerakkan lori yang menjadi punca pendapatan utamanya. Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini atau muat turun e-paper 31 Ogos 2018 Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 6:55 AM NOORSHAFRY yang kehilangan kaki kiri membuat kaki sendiri menggunakan paip PVC dengan kos RM16 di rumahnya d..

'Peram' noda RM30,000

'Peram' noda RM30,000LOKASI beg mengandungi wang tunai milik majikan suspek ditemui selepas disorok di dalam Masjid Assalam. Nurul Hidayah Bahaudincnews@nstp.com.my Subang Jaya: Curi dan sorok duit milik majikan berjumlah lebih RM30,000 di dalam masjid. Itu tindakan seorang pekerja stesen minyak yang membuat laporan polis palsu kononnya dirompak ketika membawa wang milik syarikat itu ke bank. Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila pemuda berusia 24 tahun itu ditahan diberkas polis selepas membuat laporan palsu di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki berusia 24 tahun itu yang memaklumkan dia disamun ketika membawa wang tunai milik majikannya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank, Isnin lalu. “Suspek mendakwa dia disamun ketika berada di persimpangan lampu isyarat Puchong Perdana di sini, sebelum membuat laporan pada jam 4.30 petang pada ..

Koleksi klasik

Koleksi klasik SAMPUL surat sangat bermakna yang disimpan Koh. FOTO Muhd Asyraf Sawal TN Alageshcnews@nstp.com.my Kuantan: Memiliki sampul surat hari pertama bagi memperingati Hari Kemerdekaan negara adalah koleksi klasik berharga yang jarang ditemui pengumpul masa kini. Namun, bagi ahli perniagaan, Kent Koh, 33, sangat berbangga menyimpan koleksi itu yang mengenang kemerdekaan pertama negara dan sambutan ulang tahun ke-25. Katanya, koleksi itu dibelinya 10 tahun lalu daripada seorang individu yang bermurah hati menjual kepadanya untuk disimpan bersama 300 sampul surat hari pertama yang lain. Koh berkata, dia mengumpul setem dan sampul surat hari pertama sejak berusia 15 tahun, malah hobi itu menjadikan dia seorang kaya dengan semangat patriotisme dan cintakan negara. “Saya mempunyai sampul surat hari pertama bagi Hari Kemerdekaan pertama yang dikeluarkan pada 31 Ogos 1958 berserta setem tertera gambar Stadium Merdeka, sementara satu lagi bertemakan Hari Kemerdekaan ke-25 yang dik..