Aku Tak Mampu Menolongmu

0
18

Aku Tak Mampu MenolongmuAku Tak Mampu Menolongmu

Hi Assalamualaikum,

Min, terima kasih siarkan artikel aku ni. Tak panjang mana pun. Aku cuma nak luahkan perasaan aku.

Aku ni gaji tak banyak mana min. Tetapi, mencukupi, tak pernah kurang, kadang-kadang ada lebih sikit, aku simpan in case bulan ke depan nak guna duit. Aku tak pernah canang atau cerita pada sesiapa waima parents aku sendiri apa aku buat dengan duit aku. Aku ada bagi sikit pada parents aku, dan diorang pun tak tanya aku lebih lebih. Komitmen bulanan aku lunaskan ptptn, sewa rumah, loan kereta, insuran dll..

Tetapi, sebab aku bujang, jenis jarang keluar rumah, jarang belanja, orang ingat aku banyak duit.

Suatu hari, member aku minta tolong nak pinjam duit aku. Member aku ni susah, tapi dia janji nak bayar 3 kali ansuran. Aku setuju sebab dia kata nak bayar walaupun secara ansuran. Tapi musibah menimpa dia bila dia excident dan kena berhenti kerja. pulak tu aku dapat tahu isteri dia sedang mengandung anak ke-3. Aku pun serba salah dah nak minta balik duit aku. Kali terakhir aku jumpa dia, dia ada bagitahu aku nak bincang pasal hutang tu, aku jawab okay. Tapi, sampai sekarang, tiada jawapan daripada beliau. Aku nak halalkan tapi sendiri pun cukup-cukup je ni.

Lepastu, abang aku nak pinjam duit aku. Tapi aku tolak sebab aku memang takda duit masa tu. Duit aku cukup cukup makan je. Sumpah min, aku memang takda duit masa tu..

Tapi aku terkilan bila abang aku tanya aku balik “kau buat apa dengan duit gaji kau banyak banyak tu? Kalau taknak bagi cakap je taknak bagi”..Aku sedih min. Bila balik kampung, dia dok perli aku, mana duit gaji aku pergi.

Kadang-kadang kita rasa orang tu senang tapi disebaliknya kita tak tahu dia makan cukup ke tidak. Lagi satu, sebelum bagi orang pinjam duit kau, pastikan kau tu cukup bekalan dulu, jangan sampai nak membantu orang, diri sendiri terjerut.

Sekian sahaja min, luahan aku. Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa.

Assalamualaikum.

– Din

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sumber: IIUM

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here