Akulah Wanita Malang Itu

0
24

Akulah Wanita Malang ItuAkulah Wanita Malang Itu

Salam admin dan semua readers, aku Zana. Terima kasih admin , siarkan confession ni. Aku suka baca page ni sebab aku boleh tahu yang dalam dunia ni bukan aku sorang saja yang diuji, orang lain pon diuji malah ujian mereka ada yg jauh lebih berat dari aku dan mereka sabar.

Semalam aku baca confession dari Nana, dan aku terfikir untuk menulis bila baca ayat terakhir dia tentang perempuan yang malang ialah perempuan yg salah pilih suami. Aku pon tak tahu sama ada aku ni dikategorikan malang atau tidak sebab hidup aku baru bermula tak tahu dimana hujungnya. Mungkin pengakhirannya aku boleh jadi perempuan paling bertuah.

Aku datang dari keluarga yg menjaga agama. Hari-hari aku boleh dengar bacaan Al-Quran dalam rumah aku. Aku dan Adik beradik aku diasuh untuk mengutamakan Allah. Ringkaskan cerita, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang aku baru kenal setelah dia menyuarakan hasrat untuk melamar aku. Lalu sejak itu aku istikarah dalam masa sama menyiasat latar belakang dia dari orang yang mengenalinya. Hasil dari ikhtiar aku ini menunjukkan keputusan yang positif. Pendek cerita dia berjumpa dengan keluarga aku dan keluarga aku juga memberi reaksi positif berdasarkan cara dia mendekati aku dan latar belakang keluarganya.

Maka kami bernikah dengan tempoh pertunangan yg sgt singkat. Memang aku cuma kenal dia selepas berkahwin. Disinilah bermulanya ujian bagi aku. Bila aku baru tahu sejauh mana hubungan dia dengan tuhan. Solat dia, Al-Quran dia dan ilmu agamanya. Semuanya kurang. Maaf aku tidak bermaksud nak menghina. Aku tak mengharapkan dia untuk jadi alim pon. Sebab aku pon tak alim . Tapi sekurang-kurangnya perkara fardhu Ain sepatutnya tak boleh diabaikan. Itu asas sebagai muslim. Solatnya sangat liat , ada yg tertinggal , malah sengaja dilambatkan. Aku dah penat menangis setiap kali dia tinggal solat .

Bila aku tanya dia tipu aku kata dah solat . Padahal aku perhati dia dari masuk waktu sampai habis waktu tak solat lagi. Aku pernah suruh dia jadi imam , macam2 alasan. Sepanjang aku kahwin aku tak pernah dengar dia baca AL Quran malah pegang pon tak. Yang aku lagi bertambah sedih doa qunut pon masih tak lancar. Allahu. Aku dah tanya dia dan ibunya sebelum kahwin tentang solat dan jawapan diberi dia solat. Aku kadang2 pelik kenapa ibu ayah dia benarkan anak dia berkahwin dalam keadaan anak lelaki dia yg masih belum bersedia untuk membimbing isterinya. Dia masih tak faham hukum hakam , tanggung jawab suami isteri, nafkah zahir batin dan byk lagi . Aku terfikir jgk , Akukah yang terlalu banyak fokus pada kelemahan dia ? Tak kan tak ada sedikit pon kelebihan dia ? Ada, dia sayang aku . Dia utamakan ibu ayah dia . Tapi aku tak tahu kat mana dia letak Allah dlm hidup dia.

Sekarang ni keadaan masih begini. Aku memang dah tawar hati. Tapi Aku masih tak berhenti mendoakan hidayah dan Taufik buatnya. Dalam masa yang sama aku berdoa agar Allah beri yang terbaik untuk iman kami. Kalau perkahwinan ini lebih mendekatkan aku dgn Allah maka panjangkan jodoh aku kalau sebaliknya maka putuskan kami dalam keadaan yang baik. Aku anggap ini ujian Allah untuk aku . Ujian untuk tingkatkan darjat aku. Supaya aku bersabar .

Allah sayang hambanya yang sabar .dalam masa yang sama aku kena lihat dari sudut positif. aku gunakan peluang ini utk kaut pahala dengan berdakwah pada dia. Ajarkan AL Quran dan semua asas fardhu Ain. Tapi sedikit mencabar sbb dia banyak berbahas dengan aku dengan mengeluarkan hujah yang entah apa2 bila aku sangkal apa yg dia cakap tu salah dari sudut Islam. Jadi cara untuk aku share ilmu dengan dia cuma masa dia tgh beri perhatian pada aku masa dia tengah rehat. Tapi tak boleh bagi penyampaian yang berat2 kena bagi yang ringan. Selalunya aku akan ceritakan tentang sirah atau kisah benar dan selitkan pengajaran dan hukum feqah dari kisah tu.

Sekarang ni, Aku masih boleh positif Sebab dia tak pernah berkasar dgn aku, dan menghormati keluargaku. Aku juga baik dengan keluarganya. Tapi aku tak boleh nafikan hati aku dah makin tawar sebab dia juga abaikan tanggungjawab dia pada aku. Tapi Aku buat semua ni kerana Allah. Aku ada letak had tempoh masa untuk tengok perubahan dia, kalau selepas segala ikhtiar aku dia masih tak berubah aku akan undur diri.

Kesimpulannya, malang atau bertuah itu bergantung sebenarnya. Dan aku pon tak pasti wajarkah aku dikatakan tersalah pilih suami selepas aku dah ikut cara Islam dalam urusan mencari jodoh. Mungkin Kelemahan aku jugak bila aku tak boleh tahu diri ditipu. Kepada semua wanita berhati-hatilah memilih suami terutama dari lelaki yg bertopeng agama.

– Zana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sumber: IIUM

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here