Helah Lelaki

0
17

Helah LelakiHelah Lelaki

First of all, thanks to admin if they post my confession.

Aku terpanggil nak luahkan perasaan kat sini sebab kisah aku bermula di page ni.

Beberapa tahun yang lalu aku pernah like satu post kat iiumc ni, yang membawa aku pada satu hubungan. Confessor tu pm aku, dan aku cuma balas gitu-gitu je. Okey aku namakan confessor B.

Masa tu aku tengah cari calon suami, jadi aku mula terbuka dengan lelaki. Umur aku lebih kurang 24 masa tu. Disebabkan aku bakal menamatkan pelajaran tak lama lagi, tu yang buat aku mula mencari calon suami. Tambahan ayah aku pun asyik tanya-tanya je risau anak dara dia tak mahu kahwin.

Aku tak pernah bercinta sebelum tu, aku tak tau apa yang aku patut percaya dan tak patut pada lelaki. Sebelum kenal B, aku ada cari calon melalui bait muslim, aku namakam dia A, sebab aku kenal dia dulu. Aku takda perasaan sangat kat A. Tapi aku memang serius nak kahwin, masa kenal A, aku asyik tanya pasal plan dia. A minta aku habiskan belajar dulu, aku okey je, cuma bila aku mintak dia jumpa parents aku, akhirnya dia kata tak ready. Macam-macam alasan dia bagi. Jadi lepas tiga bulan aku mintak untuk tak teruskan hubungan.

Then, lepas kecewa sekali, aku jadi berubah. Aku jadi mudah melayan lelaki. Aku mudah percaya, macam desperate pun ada. Haish.. bila dah putus dengan A, aku mula la melayan B ni sampai betul-betul jatuh cinta kat dia.

Lama aku bercinta. Macam-macam janji dan kata-kata penyedap hati ditabur. Kami tak bercadang untuk berkahwin awal sebab masing-masing nak habiskan belajar. Lepastu aku macam dah tak berani nak tanya pasal perancangan kahwin sebab takut tak jadi lagi.

So lepas bertahun-tahun bercinta, kami pun dah bekerja, tiba-tiba si B kata dia nak putus. Aku macam bingung sekejap. Sepanjang bercinta aku tak pernah naik suara kat dia even aku ni jenis yang baran. Aku tak demand macam-macam. Tak pernah desak-desak dia. Lastly dia bagi ayat dia tak layak untuk aku. Sia-sia aku rasa masa aku.

Sepanjang aku bersama B, aku banyak beralah. Walaupun hati aku pedih menangis bucu katil macam mana pun, bila B mesej atau call aku buat takda apa-apa. Yela, usia makin meningkat, tak tau nak kejar apa lagi, tapi nak tunggu pinangan macam tunggu bulan jatuh keriba. Nak angkat kaki tak sanggup. Satu sebab B ada sejarah dikecewakan awek. So aku macam taknak jadi bitch, bila dah ada kerjaya main angkat kaki je.

Tapi bodohnya perempuan, dia tak tau helah lelaki, bila dia senyap, lelaki cari lain. Itu la yang berlaku dekat aku.

So lepas putus, aku macam dah nak serik, tapi mengenangkan usia yang dah nak dekat 30an, aku cuba la nasib. Aku jumpa la lelaki seterusnya, C. C ni keje biasa-biasa je. Belajar pun tak tinggi mana. Tapi ada aku kesah, aku ada tiga ciri-ciri lelaki yang aku mesti tapis. Bukan aku nak memilih ke apa. Cuma aku rasa aku akan hidup dalam derita kalau bakal suami aku perokok, kaki bola yang gila betul dengan bola sampai tak ingat dunia dengan lelaki takda agama.

Selepas buat tapisan, aku dapati C negative. Bebas dari tiga ciri-ciri tu. Aku ambil keputusan untuk kembali serius. Jadi kebanyakan topik yang kami bualkan. Aku akan tanya arah tuju hubungan kami. Disebabkan C juga ada sejarah bercinta lama dan putus sebab awek dia tinggalkan dia, aku sekali lagi jadi lemah. Mudahnya aku jaga hati C supaya dia tak stress dengan aku. Cuma aku warning C awal-awal, aku takda masa nak main-main, kalau dia dah rasa tak suka bagitau awal-awal. Tak kisah apa sebab mesti berterus-terang dan jangan tangguh lama-lama. Aku taknak bila dah betul-betul suka baru nak cerita.

Dan setelah beberapa lama, C pun dengan jujurnya bagitau dia teringat kat ex dia dan tak perasaan kat aku. Alasan dia lagi, kerja dia tengah tak stabil sebab tempat kerja dia nak buang pekerja. Hati aku yang dah pernah patah, dah tak boleh nak patah lagi. Kolam air mata pun macam dah kering. Terlalu banyak helah seorang bernama lelaki.

Aku macam dah serik. Bila makcik-makcik nak carikan calon untuk aku, redha je la. Tapi silapnya pulak calon mak mertua pulak yang memilih nak menantu yang ada title je. Yang si calon ni pulak rupa-rupanya dah ada orang lain. So sekali lagi aku angkat bendera putih, tak larat nak layan helah drama.

Konklusinya, bila ada lelaki yang dia sendiri datang nak masuk minang, kalau lelaki tu baik, ada agama, keturunan baik, ada gaji(eh), terima je la. Tapi kalau dia kata nak kenal-kenal dulu, nak itu nak ini dulu, percaya la, kau cuma dalam waiting list dia je. Kalau dia jumpa someone better, kau dia tolak tepi je nanti. Betul tak ni lelaki?

Notakaki : nanti jangan ada kata, muda lagi dik, akak dah 40 tak kawen lagi chill la. Harta tak bawa kemana, kalau Allah dah jadikan manusia tu berpasangan lelaki dan perempuan ada la sebabnya. Aku terpaksa cakap macam ni sebab family aku ramai perempuan yang dah masuk 30an tak kawen sebab kejar kerjaya la konon dan rasa tak perlukan lelaki dalam hidup dia. Anak sedara aku dah berlambak aku bela, cuma anak sendiri tak merasa lagi. Huhu. Sekian, luahan pilu aku.

– Tie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sumber: IIUM

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here