Pilih Kerja

0
22

Pilih KerjaPilih Kerja

Aku dari zaman sekolah rendah lagi dah mula kerja habis je sekolah tolong abah meniaga dekat stesen keretapi. Abah ni keturunan orang meniaga dari arwah tokwan lagi, jadi aku memang ikut meniaga la. Jadi lepas pulang dari sekolah memang aku akan sama2 tolong berniaga dari petang sampai ke 3-4 pagi esoknya. Jadi macam mana aku bahagi masa belajar? Kerja2 sekolah aku masa tak ada customer tu aku buat la sekali dengan ulang kaji.

Tapi cara tu hanya berkesan sampai aku PMR ja. Masa aku SPM result aku agak merosot. Aku jadi tak fokus. Jadi lepas habis SPM aku dah tak tolong berniaga, aku ingat aku tak dapat sambung belajar jadi aku pun mulakan kerjaya aku sebagai Staff Associate dekat Kepong dengan gaji basic RM900 dan bertahan selama 3 bulan. Lepas tu aku pulang ke kampung kerja dekat stesen minyak tapi cuma kerja seminggu aku berhenti masa tu aku dapat sambung belajar tingkatan 6.

Masa tu aku fikir mungkin ini peluang untuk aku dapat ‘tiket’ ke universiti. Masa cuti sekolah aku kerja dekat Penang, lepas tu bila dah buka sekolah, aku kerja la dekat kedai makan jadi waiter. Aku sedar aku susah jadi aku kena belajar cari duit dalam masa sama aku belajar. Kadang tu bila masuk kelas aku tidur dlm kelas sebab ngantuk sangat sampai tak fokus.. Tapi macam mana penat pun aku memang akan cari masa ulangkaji sendiri.

Alhamdulillah aku lulus cemerlang STPM dan dapat sambung belajar dekat IPTA. 3 tahun belajar, sebelum konvo aku dah start cari kerja. Masa ni aku kerja dekat Giant. Umur aku baru 23 masa ni. Lepas hampir setahun aku dapat offer kerja dekat salah satu big company. Tapi aku cuma kerja sebagai kontrak staff.

Aku ni belajar bidang lain tapi sebab fikir kerja susah sangat nak dapat aku terima juga offer tu. Kerja la selama 2 tahun. Bila tamat kontrak aku rasa susah sangat sebab tak ada kerja tak ada sumber pendapatan. Aku tengok saban tahun graduan makin bertambah

Aku pergi temuduga merata tempat pun masih tak dapat. Ada sekali tu company ni cakap ‘kami tak terima orang yang ada ijazah, kami cuma ambil orang yang ada SPM’. Aku rasa macam what the hell, serius rasa macam loser sangat. Oklah mungkin Allah tu nak bagi rezeki aku lebih baik. Aku pergi temuduga ni, pegawai ni cakap ‘you are overqualified, boleh mula kerja la’. Masa ni aku bersyukur sangat. Kerja tak sama bidang aku belajar pun, tapi yang penting aku dapat kerja tetap.

Walaupun kerjanya bukan la kerja yang pakai smart2 duduk dalam aircond, tapi aku rasa lebih selesa dengan kerja aku, aku sayang kerja aku. Selama 3 tahun aku kerja tak tetap, sekarang dah umur 26, aku tak boleh lagi buang masa tanpa kerja.

Bakal2 graduan luar sana kena start berfikir dari sekarang, punya ramai orang cerdik pandai yang dah grad bertahun-tahun tapi masih menganggur, ada yang jenis memilih kerja, ada yang tak kisah kerja apa macam aku, tapi tetap belum ada rezeki. Kalau kau dapat kerja yang sama macam yang kau belajar tu rezeki kau Allah bagi, tapi kalau kau tak dapat pun jangan merungut, Allah tetap bagi tapi dalam bentuk yang lain pulak. Yang penting kau tahu bersyukur. Terus terang cakap, kalau kau berangan gaji start2 kerja terus dapat amaun yang besar, itu satu kesilapan. Tak banyak company yang tawarkan gaji setanding kelayakan.

Bagi aku, walaupun gaji aku kecil tapi yang penting aku bersyukur ada jugak duit. Daripada duit yang sikit ni la aku buat pelaburan. Setiap tahun duit aku berkembang. Aku tak mengharap kaya, tapi aku berharap aku mampu untuk sediakan masa depan untuk keluarga aku kelak. Aku doakan korang2 yang masih mencari kerja moga cepat dapat kerja.

– Imi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sumber: IIUM

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here