Aku Dulu Pengotor Juga

0
20

Aku Dulu Pengotor JugaAku Dulu Pengotor Juga

Assalamualaikum, pertama terima kasih admin sbb siarkan cerita ni. Mungkin ade org tertanya knp dulu aku pengotor? Aku pengotor sbb aku dulu masa kecik yg jaga ayah dan abg aku. Diorg ni tak ambil berat sgt soal kebersihan. Jadi aku mmg takde ilmu sgt bab2 bersih ni. Yes aku ada mslh keluarga, tp smpai sini jelah ye aku cerita. Sbb hal keluarga bukan point confession aku.

Disebabkan ramai aku perasan luah pasal roommate, makcik dan segala kenalan pengotor, jadi aku nak kongsi sikit sesiapa yang rasa diri dia pemalas serta pengotor yg nak ubah diri. Aku tau korg mesti malu dan terasa bila org kondem penogotor ni, nak2 ciri2 yg diorg ckp ade pada korg. Tkpe aku faham. Kalau cara nak ubah kwn korg pun mungkin sikit2 boleh ambik. Ini untuk beginner je ye, yg mmg dah pembersih tu jgn kondem aku pulak, sbb belum betul2 bersih lagi katanya. Ini permulaan.

Pertama, perhatikan orang sekeliling. Aku dulu masa sekolah rendah, kwn aku suka ejek mulut aku berbau sbb gigi aku lubang. Masa sekolah menengah bau badan pulak kwn aku ttup hidung dkat dgn aku, masa dekat uni kena tegur baju berbau. Aku rasa hampir semua org boleh rasa kalau org sekeliling kita tak selesa dgn kita iaitu melalui riak muka dan gerak geri. Contohnya, kwn aku masa dekat uni, dia ni suka peluk, cium kwn2 dia terutama bila nak balik ke ape. Tapi aku perasan dia mcm tak suka nak laga pipi bila nak say goodbye dgn aku. Aku mmg jarang basuh tudung. Aku pun try la hidu2. Kdg2 bila dah imune kita tak rasa bau. Cuba tanya kwn/family kita, weyh aku busuk tak wey? Kalau ade jenis org mmg ckp terus terang, cuba tanye beberapa org. Kalau majoriti jwb mksdnye mmg busuk la. Jadi bersihkanlah diri. Trust me, bila kwn2 kita selesa dgn kita, mood kita akan jadi lebih baik tau. Kita pun akan jadi lebih confident bila nak dekat dgn org, peluk2 kwn dan mcm2 lagi. Takde masalah argue2, kena kutuk sana sini soal wangi busuk ni, buat sedih je kan. Kita akan jadi lebih happy tau. Dari situ kita sebenarnya akan termotivate untuk cari jalan bagi nampak bersih dan wangi. Aku faham mmg sedih bila kena kutuk bab mcm ni, aku mula2 nangis jugak sbb aku mmg tak tau, aku cuba muhasabah diri. Jadikan ini sbg punca utk berubah Turunkan ego cuba minta nasihat dari kwn yg pernah tegur aku secara face to face tu.

Kedua, bila dah ada motivasi tu, wajibkan diri mandi sekurang kurangnya 2 kali sehari. WAJIB. Tak kisahlah korg tak pergi mana2 ke, tak berpeluh ke tetap kena mandi. Beli sabun yg buat korg excited nak mandi. Kalau aku suka lifebuoy merah, utk muka aku pkai cosmoderm dgn st ive. Sbbkan sesuai dgn aku, mmg buat aku rasa teruja nk mndi. Yang jenis x suka mndi mula2 mmg susah, ade je alasan. Tapi bila dh terbiasa lama2 korg akan rasa x selesa kalau x mandi. Untuk permulaan basuh toilet tu, kalau kotor mmg xde mood nk mandi. Mandi pagi kalau sejuk, mndi air panas. Skrg kan dh mcm2 penapis air jual coway ke cuckoo mandi je air tu. Kalau takde jugak korg start dari basuh muka, lepastu berus gigi, kaki, pergelangan tgn last skali badan. Bila korg mandi, korg akan rasa lebih selesa dgn badan sendiri. Letak tgn kt hidung bau wangi, terhidu bau rmbut wangi. Rasa lebih bahagia dan mencintai diri sendiri. LOL lebih2 pulak aku ni ye.

Ketiga solat, ni takyah ckp mmg wajib. Aku tau ade yg ckp, ade je org solat time busuk2. Okay.. ni aku nk ckp. Org pengotor tapi solat ni teruk2 dia pun, dia akan make sure tempat solat dia bersih. Kalau x bersih pun nampak bersih walaupun dia sbnrnye pengotor. Dulu ex boyfriend aku duduk rumah bujang. Solat dia cuma solat jumaat je, tak solat lain alasannye sbb rumahnya kotor. Dia ambik gmbar mmg betul la kotor. Jadi solat la sekurg2nya secara tak langsung ade part rumah/bilik korg tu bersih.

Keempat, bwk deodoran/losyen kemana2. Letak dlm beg. Lebih2 lg yg ade mslh bau badan ni. Aku dulu malas nak pakai benda2 camni. Tapi bila dh start pakai tak nak benti dah. Korg beli yg kecik2 yg paling korg minat baunye. kalau aku suka pakai rexona kale turqoise tu, fresh shower kot rasenye. Ade yg mmg x nk pakai wangi2 ni, xpela, boleh skip yg ni.

Kelima, pakaian. Ini paling ssh sekali tapi sgtlah penting, aku pun pening nk explain. Aku ckp ni untuk BEGINNER je ye. Jadi aku cuba simplekan. Jgn 2/3 hari letak baju atas katil/almari lepastu lupa mana dah pakai mana belum, start la hidu2. Kalau dh smpai korg hidu ni elok basuh jela. Jgn bagi alasan belum busuk atau x nak bazir sabun. Aku pun dulu mcm korg. Untuk permulaan fikir dulu nak disiplinkan diri jgn pkir lain, nak jimat pakai sabun murah dulu xpe, nnt dah tere baru bole modified ikut cara sendiri. Cuba buat dulu korg akan bahagia tgk baju dan almari korg. Walaupun baju murah, x secantik bju mahal tapi kalau bersih dan kemas, korg akan rasa diri korg tu rajin, bagus dan x rasa rendah diri. Korg rasa korg ada kelebihan. taklah depressed kan. Aura rasa berbeza, cewahh!

Biasakan asing kategori pakaian bersih, pakaian yg baru pakai skjap dan pakaian kotor.

1. Kategori pakaian bersih ni cthnye yg dh basuh dan tak pakai lagi, itu je yg bersih. Dalam almari korg cuma boleh ada pakaian yg dlm kategori bersih je, yg lain x boleh. CUBA DULU

2. kategori pakaian baru pakai sekejap, ni contohnya tudung 10 minit utk pegi kedai, jacket, jeans dan sbgainya. Kalau boleh, jgn campur dh dgn pakaian bersih, gantung dkat tempat korg sng capai, dan jgn x basuh lgsg pulak.

3. kategori baju kotor, cth baju seharian dh pakai walaupun belum busuk, pakaian mmg dh busuk walau belum pakai seharian dan pakaian dlm. Kategori ni letak terus dlm bakul kotor, kalau basuh bju pkai tgn masa mandi basuh terus jgn kumpul sampai menggunung nnti mkin malas basuh. Beli bakul kecik supaya x boleh nk kumpul byk.

Jadi, kesimpulannya, korg buat dulu mana mmpu. Aku dulu cmtu jugak dan aku perasan kebersihan diri terjaga ni boleh mempengaruhi hidup aku aedikit sebanyak cth emosi, kerja dan kenalan. emosi dgn kenalan dh tau kan. Kalau kerja tu, korg akan jd kurg sikit clumsy dan lupa. Aku dulu masa zaman bersepah aku asyik lupa je mana letak brg lpstu pgi2 clumsy jd lambat. Mcm aku ckp kita akan jadi lebih yakin. Latar belakang kita berbeza2 tapi jgn buat latarbelakang mempengaruhi sgt hidup kita lebih2 lg klu benda tu negative. Buat lah life changing. Aku tau nak ubah tu senang tapi nak istiqamah tu susah, semua org cmtu, paksa diri dulu sekurg2 dua minggu. Sekian

– Zara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sumber: IIUM

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here