BN enggan turun ‘banner’

0
21

KLANG-Calon BN Dun Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan pihaknya menurunkan kain rentang yang disifatkan akan menimbulkan perasan tidak selesa kepada pihak lain.

Lokman berkata, arahan itu diterima melalui wakil calonnya, pagi tadi.

Namun beliau bertegas tidak akan menurunkan kain rentang tersebut.

"Saya minta SPR keluarkan surat rasmi…kalau benda tak adil, kita kena lawan.

"Kain rentang itu kita tak akan turunkan. Pagi ini mereka beritahu wakil calon saya," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana menyifatkan mesej yang disampaikan kepada rakyat melalui kain rentang itu tidak berunsurkan fitnah atau provokasi.

"Apa yang kita tulis (pada kain rentang) itu tak ada sebarang unsur fitnah atau provokasi. Kain rentang yang digantung tak banyak pun, mereka nak kacau.

"Kenapa mereka (PH) dulu boleh tulis 'undi PH jika mahu GST dihapuskan, sekarang kita guna perkataan hampir sama, mereka kata tak selesa pula?," tanyanya.

Tambahnya: "Kalau tak nak rasa tak selesa, senang sahaja, tunaikan janji."

Katanya, kerajaan tidak sepatutnya takut kerana majoriti undi dimiliki dalam PRU14 12,000 undi.

"Kenapa nak jadikan isu? Kita cuma cakap undilah BN jika mahu kerajaan PH tunaikan janji. Itu sahaja.

"Sebab kalau rakyat undi saya, saya akan duduk dalam dewan dan apa saja terkandung dalam manifesto PH di Selangor dan pusat saya akan tuntut" katanya.

Lokman berkata, kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion bagi memenuhi segala janji yang ditabur.

"Kalau takut jangan buat janji yang tak munasabah. Untuk laksanakan semua janji, kerajaan perlukan RM400 bilion sedangkan rizab bank negara yang ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak (bekas perdana menteri) paling tinggi dalam sejarah, RM438 bilion.

"Mereka boleh laksanakan tahun pertama sahaja, tahun depan habis semua rizab kita," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here