PRK Dun Balakong 8 September

0
18

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September 2018 sebagai hari mengundi manakala penamaan calon akan diadakan pada Sabtu, 18 Ogos 2018 bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) N.27 Balakong, Selangor

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood pada sidang media di Ibu Pejabat SPR selepas mempengerusikan mesyuarat khas sebentar tadi.

Kerusi Dun Balakong kosong selepas penyandangnya, Ng Tien Chee meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 20 Julai 2018.

Pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu telah diterima daripada Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim, pada 27 Julai lalu.

Tempoh berkempen yang ditetapkan bagi PRK Balakong adalah selama 21 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 7 September 2018.

Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh permohonan dibuka pada 30 Julai (Isnin) dan ditutup pada 18 Ogos (Sabtu).

Di samping itu, bagi menjalankan PRK Balakong, SPR akan menggunakan Dewan Utama Demense Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat, sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Seramai 998 orang petugas dilantik mengendalikan proses PRK N.29 manakala 17 premis bangunan akan digunakan sebagai pusat mengundi terdiri daripada 129 saluran dan dianggarkan memerlukan anggaran peruntukan sebanyak RM1.5 juta

Daftar pemilihan Pilihan Raya yang akan digunakan adalah sehingga suku pertama tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 20 Julai 2018, mengandungi 62,219 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 62,160 pemilih biasa, 31 pemilih awal, dan 28 pemilih tidak hadir luar negara.

Sumber: Sinar Harian

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here