“Morning Hacks” Perkongsian 2 Ibu Ini Confirm Jadikan Pagi Korang Lebih Mudah!

0
12

Kini Trending

Sesibuk mana pun seorang wanita yang bekerjaya, tanggungjawab mereka kepada keluarga sebagai isteri dan ibu tetap tak diabaikan. Sebab tulah kami anggap wanita ni golongan yang power!

Korang ingat tak peraduan Ibu Sejati Lady’s Choice yang diadakan sempena Hari Ibu bulan Mei lalu? Kitorang dah ada pemenangnya tau! Memang bukan calang-calang wanita, yelah, dengan nak uruskan kerjaya, anak-anak dan rumah tangga, terfikir jugak macam mana diorang bahagikan masa kan?

Nak tahu rahsia mereka? Jom kami kongsikan..

Kadang-kadang terpaksa abaikan keluarga..

Liyana Abdullah, ibu kepada 3 orang anak dan berusia 35 ni mengakui, bebanan dan tekanan kerjayanya sebagai seorang guru memang mencabar kerana dia perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga sehingga kadang-kadang terpaksa mengabaikan anak-anak dan suami.

Tapi, biasalah, mana ada manusia yang sempurna kan? Namun di sebalik semua tu, setiap hari Liyana mesti akan masak dan sediakan makanan dari sarapan hinggalah makan malam buat seisi keluarganya.

Nak tahu rahsia Liyana menguruskan rumah tangga?

Haa..kalau korang nak tahu, Liyana ada rutin paginya yang tersendiri untuk memudahkannya menguruskan rumah tangga tau. Nak tahu apa dia?

Sumber:MomJunction

Pada hari biasa, Liyana akan sediakan sarapan yang mudah tapi berkhasiat seperti susu dan sandwich. Untuk makan tengah hari pulak, dia akan masak siap-siap dari rumah dan bekalkan kepada anak untuk dibawa ke sekolah. Bagi makan malam pulak, dia akan masak juadah yang agak berat tetapi berkhasiat untuk seisi keluarga. Yang penting, semua wajib makan sekali!

Haa..masa ni lah dia akan ajak anak-anaknya untuk masak bersama supaya dapat diterapkan nilai murni seperti rajin menolong ibu bapa dan secara tak langsung dapat luangkan masa berkualiti dengan diorang.

Hacks atau tips dari Liyana..

Sumber: Heidi Powell

Liyana akan menggosok baju seminggu sekali supaya tak kelam kabut di awal pagi persekolahan dan sediakan bahan masakan mengikut portion yang nak dimasak dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa.

Pada waktu malam pulak, dia akan beritahu anak-anak agar sediakan beg sekolah pagi dan petang lebih awal serta susun siap-siap buku mengikut jadual waktu agar tak terkejar-kejar di waktu pagi.

Khairunnisa, dah tak ada “me time”..

Bagi Khairunnisa Ahmad, seorang eksekutif pembiayaan ini pula, cabaran baginya adalah dia kurang mempunyai masa untuk diri sendiri atau me time. Dengan kerjaya yang sibuk dan mempunyai bayi, masa untuknya adalah terhad.

Hobinya seperti bermain badminton, menonton wayang dan pergi ke spa tak dapat dilakukan lagi setelah bergelar ibu. Sebaliknya, bila hujung minggu, dia dan keluarga lebih suka pulang ke kampung.

Tapi semua tu memberi kepuasan kepadanya kerana masa bersama keluarga lebih penting dari segalanya.

Rutin setiap pagi ni memang memudahkannya menguruskan rumahtangga..

Tiap-tiap hari, Khairunnisa akan bangun seawal 6 pagi untuk memasak bekalan anak-anaknya. Dia akan bekalkan makanan yang simple tetapi berkhasiat seperti roti, buah-buahan dan telur. Pada sebelah malam sebelum masuk tidur pula, dia akan menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Untungnya dia, suami pun turut membantu menguruskan anak-anak.

Apa rahsia Khairunnisa sebenarnya?

Khairunnisa sempat berkongsi rahsia dan amalannya setiap pagi untuk kekal bertenaga sepanjang hari kepada ibu-ibu diluar sana.

Setiap pagi, selepas bangun tidur, dia akan minum air suam dan mengamalkan minum susu segar bersama kurma untuk mendapatkan tenaga. Tips ni juga berkesan dalam memperbanyakkan susu ibu.

Kongsikan rutin pagi korang dan menangi Baucar Lazada bernilai RM75,000!

Kalau korang selalu tak cukup masa untuk siapkan sarapan anak-anak, jangan risau. Lady’s Choice kan ada! Apa kata korang buatkan sarapan mudah tapi berkhasiat macam sandwich telur ataupun roti hotdog yang kedua-duanya disaluti dengan mayonis enak Lady’s Choice.

Mesti anak korang ceria dan bersemangat nak pergi sekolah sebab perut dah kenyang! Ada banyak lagi resepi menarik yang korang boleh buat dengan Lady’s Choice tau. Klik je sini.


Haa..lepas tu jangan lupa kongsikan rutin pagi korang sebab korang berpeluang memenangi Baucar Lazada bernilai RM75,000!

300 baucar bernilai RM250 sedang menanti korang! Nak tahu macam mana? Layari http://bit.ly/2OwA0e1 untuk terma dan syarat.

Tiada ibu yang sempurna, hanya yang sejati. #IbuSejati

Sumber: OhBulan

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here