2,000 banduan turut bantu padam kebakaran hutan California, tapi hakikatnya…

0
11

CALIFORNIA: Bencana kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja memerah tenaga puluhan ribu anggota keselamatan termasuk 14,000 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat.
Bagi memaksimumkan tenaga kerja bantuan, kira-kira 2,000 banduan dari Penjara Pemulihan California turut beraksi membantu memadamkan kebakaran tersebut, lapor rangkaian berita ABC.
Mereka ini adalah tenaga kerja bantuan bomba dari penjara, dan walaupun mereka berhempas-pulas menjalankan tugas umpama wira, mereka tetap tidak akan menyertai pasukan itu dalam kebebasan bermasyarakat.
Untuk menjadi anggota bomba di California, negeri itu memerlukan kelayakan sijil juruteknik perubatan kecemasan.
Namun, oleh kerana undang-undang pelesenan pekerjaan melarang penjenayah daripada meraih lesen tersebut, belas banduan tidak boleh mendapat pekerjaan itu. BACA: Kebakaran hutan: Taman Negara Yosemite terus ditutup
BACA: Kebakaran hutan California semakin buruk, lebih 32,000 dipindahkan
Ramai yang menyifatkan itu bukan sekadar suatu ketidakadilan. Ia adalah satu pembaziran kemahiran dan sumber negara. Bekas banduan perlu menjadi sukarelawan dalam tugas itu, kemudian melalui proses latihan khusus.
Untuk mendapat peluang menambah kemahiran juga memerlukan rekod ‘bersih’. Sebagai contoh, penjenayah yang pernah terlibat dengan jenayah mencetus kebakaran dan pernah cuba melarikan diri dari penjara, tidak akan diterima.
Ternyata, satu laporan berita mengnai hal tersebut, menyamakan situasi berkenaan dengan 'tenaga kerja hamba paksaan'.
Tedapat juga media tempatan yang melaporkan, dengan polisi seperti itu di seluruh AS, tidak hairan jika kadar pengulangan perlakuan jenayah kekal pada 70 peratus.
“Apakah tujuan membebaskan mereka jika ada penjara ‘halimunan’ di sekeliling mereka?” ujar peguam hak asasi banduan Katherine Katcher.
California pastinya terhutang budi dengan para banduan ini.
Pada Oktober tahun lalu, Economist melaporkan sejumlah 4,000 banduan yang membentuk 30 peratus tenaga kerja telah membantu usaha melawan kebakaran hutan dengan mengendalikan penjagaan peralatan.
Seorang banduan wanita turut terkorban kerana terhidu asap tebal. Malangnya, wanita tersebut, jika masih hidup, juga tidak mungkin dapat mencari kerjaya yang bersesuaian apabila dibebaskan.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here