‘Chewbacca’ ingatkan ‘Yoda’ supaya masuk mesyuarat Kabinet!

0
7

APABILA Yoda 'mengeluh' apabila diingatkan supaya jangan lupa masuk mesyuarat Kabinet oleh Chewbacca!
Itulah jenaka yang diselitkan menerusi akaun Instagram Menteri Pendidikan Maszlee Malik ketika lawatan kerja ke Jepun. Para pengguna Instagram pasti tercuit hati apabila melihat gelagat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Maszlee yang memakai topeng watak-watak dalam filem Star Wars tersebut.
Dr Mahathir, Maszlee dan wakil dari Wisma Putra kini berada di Negara Matahari Terbit dalam satu lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.

Yoda: Do. Or do not. There is no try. . Chewbacca: RAWRGWAWGGR (Don't forget to attend the cabinet meetings!) . . Yoda: sigh… . . Having fun while visiting TECH Park Kids, a high-tech afterschool programme where children build their own fun from high-tech robotics to filmmaking to arts and crafts.

A post shared by MM (@maszlee) on

Dalam entri tersebut, Maszlee yang memakai topeng watak Yoda menulis bahawa mereka sempat berseronok seketika sewaktu membuat lawatan ke sebuah fasiliti yang menyokong program lepasan sekolah, Tech Park Kids.
Di lokasi tersebut, kanak-kanak menimba ilmu melalui keseronokan menerusi beberapa aktiviti menarik seperti pembinaan robot berteknologi tinggi, hinggalah kepada pembikinan filem dan seni kraf.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here