Gempa bumi Lombok: Angka korban meningkat kepada 131 mangsa

0
15

LOMBOK: Angka kematian akibat kejadian gempa bumi di pulau peranginan Lombok, Indonesia meningkat kepada sekurang-kurangnya 131 mangsa.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, 236 yang lain dilaporkan mengalami kecederaan manakala lebih 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Keadaan ini memaksa penduduk setempat untuk mendapatkan perlindungan sementara dengan mendirikan khemah-khemah di sawah padi dan beberapa kawasan lain.
Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala richter ini menggegar bumi Lombok seminggu selepas gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda, seterusnya mengorbankan 17 mangsa termasuk seorang warga Malaysia.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat digerakkan dan angka kematian dijangka akan terus meningkat.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here