‘Itu Bukan Tarikh Arwah Bernikah, Sebaliknya…’ – Ibu Nizen Ayob

0
13

Kini Trending

Industri hiburan kehilangan bakat yang sangat bernilai apabila menerima khabar pelakon drama Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia, tempoh hari. Allahyarham meninggal dunia disebabkan komplikasi buah pinggang.

Artikel berkaitan: Tiada Lagi Inspektor Nizam Dalam Gerak Khas

Tanggal 11 Ogos 2018 dikatakan tarikh yang sangat bermakna dalam hidupnya. Ada sesuatu disebalik tarikh ini seperti mana telah ditulis arwah sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Dia merancang bawa saya mengerjakan umrah

Ibu kepada Nizen Ayob berkata tarikh 11 Ogos bukan tarikh arwah bernikah, sebaliknya hari ulang tahunnya ke-34. Arwah tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat walaupun mengakui dirinya sudah mempunyai teman wanita meskipun keluarga belum mengenali wanita tersebut.

Arwah juga tidak putus-putus meminta maaf kepada ibu dan ayah dalam tempoh 10 hari sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.

Arwah juga ada merancang untuk membawa saya dan suami mengerjakan ibadah umrah selepas menyatakan dia bermimpi berada di hadapan Kaabah bersama beberapa orang yang tidak dikenalinya. Namun, saya hanya memujuknya untuk pergi ke sana apabila sudah sembuh sepenuhnya dan tidak disangka ia sebahagian petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Demam awal Ramadan lalu

Sebenarnya dia mula demam sejak awal Ramadan lalu, namun kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pekan Layang-Layang dan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, keadaan yang sama berulang semula ketika umat Islam menyambut kedatangan Syawal.

Melihat keadaannya yang semakin teruk dan lemah, kakaknya menyarankan dia untuk mendapatkan rawatan di HSA sebelum ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

Sumber: Metro

Sumber: OhBulan

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here