Kebakaran hutan: Taman Negara Yosemite terus ditutup

0
18

CALIFORNIA: Susulan kebakaran hutan besar yang berlaku, pihak berkuasa California berkata pada Selasa, Taman Negara Yosemite akan terus ditutup.
Tindakan demikian sebagai langkah pencegahan bagi taman itu dalam berdepan kebakaran 'Ferguson' dan kesan asap teruk.
Ketua Pengurusan Kebakaran dan Penerbangan Taman Negara Yosemite, Kelly Martin berkata:
"Kami lakukan yang sebaik mungkin untuk melihat bagaimana kami boleh benar-benar mengurangkan kesan buruk terhadap landskap di kedua-dua Taman Negara Yosemite dan Perkhidmatan Hutan AS." Kebakaran hutan yang berlanjutan 26 hari memusnahkan tiga pintu masuk ke Taman Negara Yosemite.
Api marak dicetuskan pokok yang kering dan angin kencang.
Api bagaimanapun belum merebak ke Lembah Yosemite.
Pihak berkuasa pada Isnin membatalkan beberapa arahan perpindahan tetapi mengatakan komuniti di Foresta dan Yosemite Barat masih terancam.
BACA: Kebakaran hutan California semakin buruk, lebih 32,000 dipindahkan
Arahan penutupan taman negara itu dikeluarkan minggu lepas apabila jerebu kesan kebakaran itu mencecah tahap bahaya.
Langkah itu juga bagi memberi ruang kepada lebih 2,000 anggota bomba memadam kebakaran.
Kebakaran bermula 13 Julai lalu dan telah mengorbankan dua anggota bomba.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here