Sekatan Iran: Iraq sifatkan tindakan AS salah, silap strategi

0
13

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Hadier al-Abadi mengkritik tindakan Amerika Syarikat melaksanakan semula sekatan ke atas Iran.
Bagaimanapun, Haider menegaskan negaranya komited mematuhi larangan itu bagi melindungi kepentingan rakyatnya.
"Jujurnya kami tidak bersimpati atau akan berinteraksi dengan sekatan ini. "Kami menyifatkan ia sebagai tidak betul dan satu kesilapan strategi. Tetapi, kami akan patuh kepada sekatan itu demi melindungi kepentingan rakyat kami," katanya pada satu sidang media di sini pada Selasa.
Sekatan ke atas Iran yang berkuatkuasa pada Selasa mensasarkan transaksi kewangan dalam dolar Amerika, sektor automotif, pembelian pesawat komersil dan juga emas.
BACA: Trump isytihar sekatan penuh atas Iran
BACA: Sekatan AS tiada kesan – Hassan Rouhani

Amerika turut mempertimbang melaksanakan semula sekatan lebih ketat pada awal November depan.
Sekatan bakal memberi tekanan ke atas ekonomi Iran, biarpun ia ditentang negara Eropah lain yang menandatangani perjanjian nuklear dengan Iran.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here