Tiga terbunuh letupan di kompleks Akademi Olimpik Kebangsaan Iran

0
15

TEHRAN: Kejadian letupan di Akademi Olimpik Kebangsaan Iran pada petang Selasa meragut tiga nyawa, lapor agensi berita Xinhua pada Rabu.
Menurut agensi berita ISNA, mangsa yang maut ialah tiga pekerja yang terperangkap di bilik enjin di kompleks tersebut. Letupan turut kedengaran sehingga ke kawasan sekitar di jalan Seoul di utara ibu negara Tehran.
Punca letupan masih belum diketahui.
–BERNAMA

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here