UK ada undang-undang membolehkan daging anjing dimakan. Itu mahu diubah!

0
15

LONDON: Undang-undang United Kingdom (UK) menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh membeli atau menjual daging anjing, namun jika seseorang itu mengakhiri nyawa anjing yang dimilikinya secara 'berhemah dan tertib', daging anjing itu boleh dimakan.
Portal berita BBC melaporkan, terdapat desakan untuk melarang terus perkara itu, termasuk daripada Ahli Parlimen SNP Dr Lisa Cameron yang percaya orang awam juga akan menyokong pengharaman itu.
Bagaimanapun, seorang jurucakap perdana menteri berkata, UK mempunyai salah satu standard kebajikan haiwan yang tertinggi di dunia dan ‘akan mengekalkan undang-undang’ itu. Dr Cameron juga merupakan Pengerusi Kumpulan Kebajikan Perundingan bagi Anjing di Parlimen.
Cameron dalam satu wawancara menegaskan, dia mahu satu undang-undang yang mengharamkan perbuatan memakan daging anjing diluluskan secepat mungkin.
“Saya pasti tiada pihak dalam Parlimen yang akan menentang usul itu,” ujarnya.
Desakan larangan itu turut disokong Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Konservatif Sir Alan Duncan.
Dr Cameron memberitahu, pengambilan daging anjing sebagai makanan manusia semakin meningkat di UK.
Meskipun orgnaisasi kebajikan haiwan di negara itu tidak mempunyai bukti mengenainya, mereka juga mahu undang-undang itu diluluskan segera.
Sesetengah rakyat di negara-negara Asia menjadikan daging aning sebagai sebahagian daripada diet mereka. Amalan itu juga berlaku di Switzerland, walaupun ia terjadi secara terpencil.
Organisasi haiwan mendakwa, sesetengah anjing yang dimakan di negara-negara lain adalah haiwan peliharaan yang dicuri, dikurung dengan zalim dalam kandang dan diseksa sebelum ia dibunuh.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here