Lelaki mabuk keluarkan pistol, cetus panik di pusat beli-belah

0
14

Seorang warga emas yang sedang menerima rawatan paramedik di Centrepoint Shopping Centre, Bandar Utama, semalam mencetuskan panic selepas dia tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol semi-automatik.

Insiden berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika dia sedang dirawat ekoran kecederaan di kepala selepas jatuh dan terhantuk meja restoran, tidak lama selepas bertikam lidah dengan seorang kawan di situ.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Md Zani Che Din berkata, lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai mabuk ketika itu dan telah ditahan polis.

“Selepas jatuh dan mencederakan diri sendiri, pemilik restoran menelefon polis.

“Ketika paramedik merawatnya dia keluarkan pistol dan mula mencari kawannya, yang dia bertikam lidah sebelum itu.

“Ini mencetuskan panik di kalangan orang ramai di situ, yang segera menghubungi polis menerusi talian kecemasan,” kata Zani dalam kenyataan.

Zani berkata polis telah merampas senjata itu, yang mana lelaki itu memiliki lesen, dan dia kini disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Kesiksaan atas melakukan intimidasi jenayah menggunakan senjata api.

Difahamkan polis juga telah memeriksa rakaman CCTV yang mengesahkan lelaki itu terjatuh dengan sendiri.

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here