Wanita pertama Syria, Asma al-Assad jalani rawatan kanser payu dara

0
8

WANITA pertama Syria, Asma al-Assad mula mendapat perhatian dunia pada Khamis selepas memulakan rawatan kanser payu dara.
Perkara berkenaan diumumkan suaminya, Bashar al-Assad, menerusi platform media sosial miliknya.
Menerusi makluman di laman Instagram @SyrianPresidency, Bashar memaklumkan kanser payu dara yang dihidapi Asma, 42 tahun, dikesan berada pada fasa awal.

بقوة وثقة وإيمان.. السيدة #أسماء_الأسد تبدأ المرحلة الأولية لعلاج ورم خبيث بالثدي اكتشف مبكرا.. من القلب .. رئاسة الجمهورية العربية السورية والفريق العامل فيها يتمنون للسيدة أسماء الشفاء العاجل.. #SyrianPresidency #Syria #Assad #Asma #Damascus #strongwoman #confidece

A post shared by Syrian Presidency (@syrianpresidency) on

"Kita doakan moga Asma cepat sembuh," katanya menerusi pemakluman berkenaan.
Turut dikongsikan ialah foto Bashar bersama Asma.
Asma yang lahir dan dibesarkan di London merupakan sosok yang paling kuat dilihat menyokong suaminya dalam menghadapi tekanan politik serta perang saudara yang kini berlarutan sejak 2011.
Beliau berpindah ke Syria pada tahun 2000 dan berkahwin dengan Bashar yang menyambung legasi bapanya, Hafez al-Assad, sebagai Presiden Syria.
Pada awalnya, pasangan ini dilihat sebagai pembawa revolusi baru Syria, malah Asma pernah menjadi wajah penyeri kulit majalah Vogue pada Februari 2011.
Pasangan ini terus diberi tekanan oleh rakyat Syria selepas aktivis pro-demokrasi menuntut Bashar mengundurkan diri pada Mac 2011 yang seterusnya mencetuskan perang saudara yang berpanjangan sehingga hari ini.

Sumber RSS: Astroawani.com

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here