'Kami malu dengan kawan-kawan'

0
5

'Kami malu dengan kawan-kawan'TIGA beradik, Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, Nur Alia Adila, 11, dan Nur Alia Apira, 9 menunjukkan pakaian seragam sekolah yang dibeli ibunya tetapi tidak dapat ke sekolah ketika ditemui di Kampung Panggong Lalat. FOTO Ramli Ibrahim Ramli Ibrahimcnews@nstp.com.my

MALU dengan rakan sebaya, tiga beradik yang terpaksa berhenti sekolah sejak setahun lalu kerana kemiskinan keluarga, hanya berkurung dalam rumah.

Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, kakak sulung tiga beradik terbabit berkata, mereka sedia tinggal di asrama jika dibenarkan bersekolah semula.

“Setakat ini belum ada sebarang tawaran daripada Jabatan Pendidikan berhubung perkara itu. Tolonglah, kami tiga beradik mahu bersekolah semula.

"Saya dan dua adik memang teringin sangat ingin ke sekolah seperti rakan lain,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kemiskinan hidup menyebabkan tiga beradik terpaksa berhenti sekolah dan tidak lagi bergaul dengan rakan sebaya mereka.

Mereka terpaksa menamatkan persekolahan sejak April tahun lalu selepas berpindah dari Tumpat ke Gua Musang.

Sementara itu, ibu mereka, Zuraini Mat Rani, 31, berkata, tiga anaknya berulang kali mendesaknya supaya menghantar mereka ke sekolah kerana bimbang tidak mempunyai kelulusan untuk bekerja selepas ini.

"Mereka juga sanggup tidak diberi wang saku jika dapat bersekolah semula kerana memahami kemiskinan keluarga.

"Selepas keluar di akhbar baru-baru ini, ada beberapa pihak menghubungi saya untuk membantu. Insya-Allah sekiranya menerima bantuan saya akan pastikan semua anak kembali ke sekolah," katanya.

Berita berkaitan

Bantu kami sambung bersekolah…

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 12:21 PMOriginal Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here