'Peram' noda RM30,000

0
8

'Peram' noda RM30,000LOKASI beg mengandungi wang tunai milik majikan suspek ditemui selepas disorok di dalam Masjid Assalam. Nurul Hidayah Bahaudincnews@nstp.com.my

Subang Jaya: Curi dan sorok duit milik majikan berjumlah lebih RM30,000 di dalam masjid.

Itu tindakan seorang pekerja stesen minyak yang membuat laporan polis palsu kononnya dirompak ketika membawa wang milik syarikat itu ke bank.

Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila pemuda berusia 24 tahun itu ditahan diberkas polis selepas membuat laporan palsu di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki berusia 24 tahun itu yang memaklumkan dia disamun ketika membawa wang tunai milik majikannya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank, Isnin lalu.

“Suspek mendakwa dia disamun ketika berada di persimpangan lampu isyarat Puchong Perdana di sini, sebelum membuat laporan pada jam 4.30 petang pada hari yang sama.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis melakukan siasatan terhadap lelaki terbabit dan mendapati wujud terdapat keraguan dalam terhadapketerangannya,” katanya.

Mohammad Azlin berkata, siasatan dilakukan mendapati suspek membuat laporan palsu berhubung kejadian samun itu yang tidak berlaku.

“Suspek kemudiandibawa ke Masjid Assalam, Puchong Perdana dan menunjukkan lokasi dia menyimpan wang berkenaan kira-kirajam 8 malam, Isnin lalu.

“Pemeriksaan terhadap masjid berkenaan menemui satu beg mengandungi wang tunai berjumlah RM32,070 yang disorokkan di dalam sebuah bilik.

“Suspek memaklumkan dia sudah biasa dengan persekitaran masjid berkenaan menyebabkan masjid itu dijadikan sebagai lokasi menyorokkan wang tunai itu,” katanya yang memaklumkan suspek tidak mengetahui jumlah sebenar wang tunai di dalam beg itu berkenaan.

Beliau berkata, suspek terbabit tidak ditahan sebaliknya masih menunggu arahan untuk dituduh di mahkamah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, kejadian itu adalah kes kedua yang diterima pihaknya membabitkan laporan palsu, pada tahun ini.

“Pihak polis memberi amaran, kepada mana-mana pihak yang membuat laporan palsu akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 6:45 AMOriginal Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here