Inilah jejaka pilihan Elfira Loy

0
59

Inilah jejaka pilihan Elfira LoyFOTO IG Elfira LoyFOTO IG Muhammad Faris Khairol Najiy Jefrinajiy.jefri@hmetro.com.my

SELEPAS enam bulan melalui episod putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy dikhabarkan sudah menemui cinta baru apabila dilaporkan mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka pagi hari ini.

Menurut laporan sebuah portal, Elfira dikatakan selamat mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Faris Khairol Anuar kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Difahamkan, jejaka itu bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota.

Elfira dan Faris yang berusia 27 tahun dikatakan mula berkenalan pada Ramadan lalu.

Harian Metro cuba mendapatkan kenyataan daripada ibu kepada pelakon itu, Filzah Yusoff namun dia memilih untuk mengunci mulut dan berkeras untuk tidak menjawab setiap persoalan yang diajukan.

Sementara itu, usaha menghubungi Elfira turut tidak berjaya apabila pelakon itu mematikan telefon bimbitnya, sebaliknya hanya memberi bayangan dirinya sedang dilamun bahagia menerusi Insta Story di Instagram apabila memuat naik gambar bentuk hati, 10 jam lalu.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 September 2018 @ 7:49 PMOriginal Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here