'Hang pasai pa?'

0
28

'Hang pasai pa?'KEADAAN di dalam bilik doktor yang terbakar selepas seorang lelaki menyimbah petrol sebelum menyalakan api di hospital swasta di Jelutong, Georgetown, hari ini, menyebabkan doktor terbabit bersama pembantunya serta suspek turut cedera. FOTO ihsan bomba. Hadzlihady Hassanhadzlihady@nstp.com.my

SUASANA di sebuah hospital swasta di Jelutong, Georgetown kecoh seketika apabila seorang lelaki secara tiba-tiba membakar bilik doktor, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, lelaki berkenaan dikatakan masuk ke bilik doktor terbabit dengan membawa minyak petrol sebelum mencurahkannya dan menyalakan api.

Ketika itu, seorang doktor serta dua pembantunya berada dalam bilik berkenaan menyebabkan mereka turut melecur di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Penolong Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.55 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Kami tiba pada 5.05 petang, namun ketika itu api sudah dipadam menggunakan alat bantuan pemadam api automatik yang dipasang dalam bilik berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati doktor serta pembantunya cedera di muka dan badan, namun tidak serius,” katanya.

Ismail berkata, lelaki yang membakar bilik itu turut melecur di kedua-dua tangan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Kami difahamkan, lelaki berkenaan ketika itu bergelut dengan doktor dan setakat siasatan mendapati kes terbabit berpunca daripada khianat.

“Kes terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis sudah menahan suspek dan masih menyiasat sama ada dia mempunyai masalah mental atau sebaliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 8:46 PMOriginal Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here