[UPDATE] 100 saksi lesbian disebat [METROTV]

0
40

[UPDATE] 100 saksi lesbian disebat [METROTV] Fitri Nizamcnews@nstp.com.my

HUKUMAN sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang berusia 22 dan 32 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang.

Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan enam kali seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Rosdi Harun; dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada 10.10 pagi.

Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini.

Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Turut menyaksikan hukuman adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.

Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan pada 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Berita berkaitan:

Lesbian disebat hari ini

Lesbian kena denda, sebat

Hukuman sebatan pasangan lesbian ditangguh

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 11:14 AM PENGAMAL media dan orang ramai menunggu untuk memasuki dewan bicara untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita yang melakukan hubungan songsang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori

Berita Berkaitan

Lesbian disebat hari ini Hukuman sebatan pasangan lesbian ditangguh Lesbian kena denda, sebat Penganut Kristian pilih sebat Wanita tak mengaku cuba lakukan seks sejenis Sebat pesalah zina di khalayak ramai Pesalah yang disebat perlu menutup aurat Nak 'sedap' sangat kan…Original Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here