Kedai gunting Pak Bau

0
13

Kedai gunting Pak BauWEANG A/L Keleb atau Pak Cik Bau menggunting rambut pelanggan generasi ketiga, Mohd Idris Mohd Rizal di kedainya di hadapan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh. FOTO Mohd Sharumnisham Shahbudin Mohd Shahrumnisham Shahbudinnews@nstp.com.my

KUBANG PASU: Biarpun banyak kedai gunting rambut berhawa dingin dan moden muncul tetapi kedai berupa pondok kayu dengan kerusi antik dianggar berusia lebih 100 tahun milik Weang Keleb, 69, tetap menjadi pilihan penduduk sekitar Mukim Hosba di sini.

Pelanggan, Mohd Rizal Harun, 40, berkata, dia generasi kedua yang menggunting rambut dengan Weang sejak dibawa bapanya Harun Jamal ketika berusia tujuh tahun.

“Biarpun kebanyakan peralatan yang digunakan adalah barang lama, ia seolah-olah memberi satu tarikan dan nostalgia apabila berkunjung ke sini,

“Hari ini saya membawa anak bongsu saya, Mohd Idris pula untuk gunting rambut dan cara gunting Weang atau lebih dikenali dengan Pak Bau tidak mengecewakan sejak dulu,” katanya di kedai gunting rambut Weang di hadapan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh.

Katanya, harga yang dikenakan berpatutan iaitu RM5 hingga RM10.

Sementara itu, Weang berkata, kerusi antik itu memang menjadi tumpuan ramai.

“Ada yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli, tetapi saya menolaknya. Jika dijual, mungkin kedai ini hilang seri dan tidak akan memperoleh kembali untuk dibeli dari mana-mana tempat,” katanya yang mula menggunting rambut sejak berusia 16 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 5:40 AMOriginal Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here