Pagar empat negeri

0
15

Pagar empat negeriRAMPASAN rokok dan minuman keras tidak sah dalam operasi Ops Pagar 2018. FOTO Email Noriza Sainalcnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Susulan pendedahan akhbar ini mengenai kegiatan penyeludupan di pelabuhan utama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melancarkan Op Pagar 2018 yang berjaya mengelakkan ketirisan hasil cukai negara berjumlah RM20,644,511.05.

Op Pagar dilaksanakan di pelabuhan utama di empat negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/

Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, sepanjang 14 hari operasi bermula 1 Ogos lalu, pihaknya merampas rokok termasuk cukai bernilai RM20,721,800 dan arak RM3,537,298.85.

Beliau berkata, pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat (PKFZ), Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Dermaga Air Dalam Butterworth, Pelabuhan Pasir Gudang, Kompleks Sultan Abu Bakar Tanjung Kupang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Tanjung Manis (PTM) menjadi sasaran pihaknya sepanjang operasi itu.

Zulkifli berkata, sepanjang Op Pagar, pihaknya memeriksa 4,203 kenderaan termasuk kontena yang dibawa masuk menerusi lapan pelabuhan berkenaan.

“Hasilnya, kami mengesan 14 kes dan 12 kertas siasatan dibuka manakala tiga individu ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami mengesan enam kes membabitkan, lima kes minuman keras (arak) dan tiga lain-lain kes,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludupan diminta menyalurkannya kepada JKDM.

Harian Metro pada 30 Ogos lalu mendedahkan sindiket penyeludupan rokok berlesen dikesan berselindung di sebalik kegiatan mengeksport rokok ke negara jiran dengan menjadikan pelabuhan Pulau Pinang sebagai hab ‘lubuk emas’ bagi meraih keuntungan puluhan juta ringgit setahun.

Untuk rekod, rokok yang diimport dari beberapa negara seperti Taiwan, Vietnam, Kemboja dan Indonesia itu dikatakan akan dihantar ke Hatyai, Thailand menggunakan laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis.

Namun, dengan bantuan segelintir pegawai penguat kuasa yang belot dan ejen perkapalan, rokok sepatutnya keluar dari negara ini dilambakkan di pasaran tempatan.

Setakat ini pasaran rokok seludup menguasai hampir 10 peratus jualan keseluruhan bahan tembakau bagi pasaran

di negeri utara Semenanjung Malaysia.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, rokok berkenaan turut dipasarkan di kedai bebas cukai di sekitar sempadan

di utara Semenanjung Malaysia dan Pulau Langkawi.

Sindiket ini mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) malah melantik pengerusi dan ahli lembaga pengarah membabitkan individu tertentu, sekali gus beroperasi secara sah.

Walau bagaimanapun kewujudan lompang dan budaya ‘kawtim’ mampu mengelak daripada dikenakan cukai, mereka ini aktif menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Dalam erti kata lain, cukai yang dibayar tidak memadai atau setimpal dengan nilai sebenar mahu dielak.

Kaedah ataupun modus operandi terkini itu digelarkan sindiket dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai borang terbang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 5:45 AMOriginal Article

Hantar komen anda

Hantar komen
Please enter your name here