Sunday, October 21, 2018

Cawan RM2,000

Cawan RM2,000ANTARA cawan kopitiam lama yang menjadi koleksi Adrian. FOTO Aziah Azmee KalidevMogan Kumarappakalidevi@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Cawan kopitiam sinonim dengan kafe lama atau kopitiam dan kerana minat, Adrian Ung, 48, mengumpulnya sebagai koleksi peribadi. Adrian berkata, minat itu bermula sejak empat tahun lalu dan masih kekal sehingga sekarang kerana keistimewaan hobi berkenaan yang membolehkannya mengenali sejarah sesuatu jenama kopi atau minuman seperti Milo. Menurutnya, bagi menambah koleksi cawan kopitiam yang sudah mencecah lebih 1,000 set itu, beliau pernah mencari barangan lama di bangunan terbiar tanpa memikirkan risiko lain. “Itu terjadi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang di mana saya terjumpa satu bangunan terbiar dan lama dan tanpa memikirkan risiko ular atau benda mistik, saya mula mencari cawan dan seperti dijangka saya menemui satu cawan kedai kopi yang sudah lama ditutup. “Itu antara kenangan yang sukar dilupakan dan risiko yang perlu ditanggung bagi m..

Belajar tepi sampah

Belajar tepi sampahGAMBAR kiri, Halime duduk di atas longgokan sampah sambil menulis buku notanya, manakala gambar kanan, Halime ketika di sekolah. - Agensi AgensiISTANBUL: Demi pelajaran, seorang budak perempuan pelarian Syria berusia 11 tahun sanggup belajar di mana saja, termasuk di atas longgokan sampah ketika dia memungut barangan kitar semula bagi membantu keluarganya. Kejadian Halime Cuma duduk di atas longgokan di sebelah tong sampah yang busuk di kawasan Arnavutkoy, Istanbul sebelah Eropah sambil menulis buku notanya dirakam orang ramai yang kemudian tular di media sosial sebelum mengundang kemarahan ramai. Menurut Daily Mail yang memetik media tempatan, rakaman video itu membawa perubahan kepada kehidupan Halime apabila dia ditawarkan untuk belajar di sekolah kerajaan Turki. Pihak berkuasa pendidikan Turki mencari kanak-kanak itu dan menempatkannya di sekolah. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Turki, Halime mencari barangan kitar semula, terutama kertas bagi membantu k..

Belajar tepi sampah

Belajar tepi sampahGAMBAR kiri, Halime duduk di atas longgokan sampah sambil menulis buku notanya, manakala gambar kanan, Halime ketika di sekolah. - Agensi AgensiISTANBUL: Demi pelajaran, seorang budak perempuan pelarian Syria berusia 11 tahun sanggup belajar di mana saja, termasuk di atas longgokan sampah ketika dia memungut barangan kitar semula bagi membantu keluarganya. Kejadian Halime Cuma duduk di atas longgokan di sebelah tong sampah yang busuk di kawasan Arnavutkoy, Istanbul sebelah Eropah sambil menulis buku notanya dirakam orang ramai yang kemudian tular di media sosial sebelum mengundang kemarahan ramai. Menurut Daily Mail yang memetik media tempatan, rakaman video itu membawa perubahan kepada kehidupan Halime apabila dia ditawarkan untuk belajar di sekolah kerajaan Turki. Pihak berkuasa pendidikan Turki mencari kanak-kanak itu dan menempatkannya di sekolah. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Turki, Halime mencari barangan kitar semula, terutama kertas bagi membantu k..

Ajak pendengar berfikiran positif

Ajak pendengar berfikiran positifBEBE masih tidak sangka berada di tahap sekarang. Georgie Josephgeorgie@hmetro.com.myPerjalanan karier penyanyi yang semakin menempa nama ini sememangnya cukup berliku. Kegigihan akhirnya membawa Bebe Rexha menjadi penyanyi wanita antarabangsa paling berpengaruh sekarang. Karier Bebe, 29, sebagai penyanyi dan penulis lagu tidak bermula dengan mudah. Tidak lama dulu, dia pernah mendedahkan dirinya berhadapan kesempitan wang untuk meneruskan hidup. Bagaimanapun, penyanyi I’m A Mess ini bersyukur apabila usahanya berkarya dengan ikhlas mendatangkan hasil. Bebe dalam temu bual menerusi telefon bersama Bling! baru-baru ini berkata, dia sentiasa menjadikan kesusahan terdahulu sebagai pedoman untuk tidak leka selepas ini. “Sesungguhnya apa yang saya capai sekarang bukan berlaku sekelip mata. Lama saya bertatih untuk meraih kepercayaan demi kepercayaan orang terhadap kemampuan serta bakat saya. “Jadi, saya sangat bersyukur dan tidak mahu mensia-siakan segala ru..

Cuba kembalikan semangat

Cuba kembalikan semangatFENDY Bakri. FOTO Aziah Azmee Ardini Sophia Sinahellinie@hmetro.com.myPelakon yang mencipta nama menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakri kembali memacu kerjaya seni yang terhenti buat sementara waktu berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk bekerja, baru-baru ini. Sepanjang tempoh berehat, ramai yang merindui kehadiran jejaka berusia 30 tahun ini untuk terus mewarnai dunia seni lakon tempatan. Ramai yang sentiasa mendoakan kesejahteraan pelakon itu. Tidak berlakon dalam jangka waktu yang agak panjang, Fendy mengakui sedikit kekok untuk berlakon dan tahap keyakinannya juga tidak sama seperti sebelum ini. Dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana bimbang tidak dapat merealisasikan watak berkenaan sama seperti yang diharapkan pengarah. Sehubungan itu, dia cuba mengembalikan semangatnya dengan menghadiri beberapa acara seni. “Disebabkan rehat yang agak panjang, saya agak kekok berlakon. Saya juga kurang berkeyakinan seperti sebelum ini. Ada beberap..

Ucapan penuh Dr Mahathir di UNGA ke-73 [METROTV]

Ucapan penuh Dr Mahathir di UNGA ke-73 [METROTV] BERIKUT adalah ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. Puan Presiden, 1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73. 2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini. 3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72. 4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia. 5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepa..

Juara milik Da'i Adam

Juara milik Da'i AdamDA’I Adam (tengah) bersama Da’i Imran (kiri) dan Da’i Haziq pada pertandingan akhir Da'i Musim 6 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam ini. FOTO Aziah Azmee Ardini Sophia Sinahellinie@hmetro.com.my DA’I Adam muncul juara program Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam ini. Adam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Muhibullah Abdullah membawa pulang wang tunai berjumlah RM60,000 berserta trofi dan tiket umrah untuk dua orang tajaan Almas Beauty & Health. Anak kelahiran Ranau, Sabah itu turut diangkat sebagai Da'i Pilihan Almas menerima wang tunai RM2,000 dan produk Almas bernilai RM2,000. Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Imran Mohd Zaki dan Da'i Haziq Safwan Norazman masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan berkenaan. Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, trofi dan tiket umrah untuk seorang, sementara ..

'Hang pasai pa?'

'Hang pasai pa?'KEADAAN di dalam bilik doktor yang terbakar selepas seorang lelaki menyimbah petrol sebelum menyalakan api di hospital swasta di Jelutong, Georgetown, hari ini, menyebabkan doktor terbabit bersama pembantunya serta suspek turut cedera. FOTO ihsan bomba. Hadzlihady Hassanhadzlihady@nstp.com.my SUASANA di sebuah hospital swasta di Jelutong, Georgetown kecoh seketika apabila seorang lelaki secara tiba-tiba membakar bilik doktor, hari ini. Dalam kejadian 4.30 petang itu, lelaki berkenaan dikatakan masuk ke bilik doktor terbabit dengan membawa minyak petrol sebelum mencurahkannya dan menyalakan api. Ketika itu, seorang doktor serta dua pembantunya berada dalam bilik berkenaan menyebabkan mereka turut melecur di beberapa bahagian badan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Penolong Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.55 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian. “Kami tiba pada 5.05 petang, namun ketika itu ..

Sebak seketika pada sebatan ketiga

Sebak seketika pada sebatan ketigaTERTUDUH berjalan keluar meninggalkan dewan bicara selepas menjalani hukuman sebat di khalayak umum. FOTO Ghazali Kori BERNAMAKELIBAT pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis. Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie. Namun apabila hukuman telah dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan. Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertu..

'Sebat bukti serius tangani LGBT'

'Sebat bukti serius tangani LGBT'PASANGAN lesbian berusia 22 dan 32 tahun berjalan keluar meninggalkan dewan bicara selepas menjalani hukuman sebat di khalayak umum atas pertuduhan melakukan hubungan sejenis di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang, hari ini. FOTO Ghazali Kori Hanneeyzah Bariah Baharinhanneeyzah@bh.com.my HUKUMAN sebatan terhadap pasangan lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, hari ini, membuktikan pihak berkuasa serius melaksanakan undang-undang membendung amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan hukuman itu yang buat kali pertama di Terengganu juga diharap dapat menjadi titik tolak membendung amalan LGBT serta pergaulan bebas secara lebih tegas. Beliau berkata, golongan LGBT yang menentang hukuman berkenaan perlu memahami bahawa perlakuan songsang mereka bertentangan dengan hukum agama dan budaya ma..

Like Kami @ FB

125PeminatSuka

Lelaki 'usik' lelaki [METROTV]

Pagar empat negeri

Kedai gunting Pak Bau

Cawan RM2,000

Belajar tepi sampah

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com