Rokok seludup mudah masuk ikut pelabuhan [METROTV]

Rokok seludup mudah masuk ikut pelabuhan [METROTV] Skuad Khas Harian Metroam@hmetro.com.myPerai: Sindiket penyeludupan rokok ‘berlesen’ dikesan berselindung di sebalik kegiatan mengeksport rokok ke negara jiran dengan menjadikan pelabuhan Pulau Pinang sebagai hab ‘lubuk emas’ bagi meraih keruntungan puluhan juta setahun. Untuk rekod, rokok yang dimport dari beberapa negara seperti Taiwan, Vietnam, Kemboja dan Indonesia itu dikatakan akan dieksport pula ke Hatyai, Thailand menggunakan laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis. Namun, dengan bantuan segelintir pegawai penguat kuasa tidak berintegriti dan ejen perkapalan, rokok yang sepatutnya keluar dari negara ini untuk kononnya dieksport, sebaliknya dilencongkan untuk pasaran tempatan yang dikatakan menguasai 10 peratus pasaran jualan rokok seludup keseluruhan di utara. Bagi mengabui mata pihak berkuasa, ada rokok berkenaan dipasarkan untuk kedai bebas cukai di sekitar sempadan dan Pulau Langkawi. Sindiket i..

Polis tembak mati Geng Tebuk [METROTV]

Polis tembak mati Geng Tebuk [METROTV] Azahar Hashimcnews@nstp.com.my EMPAT penjenayah warga Vietnam dikenali Geng Tebuk ditembak mati selepas memecah masuk rumah dalam kejadian berbalas tembakan berhampiran Plaza Tol Lunas Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di Kulim, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, empat suspek lelaki berusia 20 sehingga 30-an mati di lokasi kejadian selepas gagal melarikan diri dari kepungan pasukan Cawangan Jenayah Berat (D9) dan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, 4.50 pagi. Katanya, pihaknya yang melakukan rondaan cegah jenayah kemudian mendapat maklumat mengenai Proton Saga BLM warna biru yang mencurigakan sebelum terserempak dengan semua suspek. "Pasukan kami cuba memperkenalkan diri dan meminta suspek memberhentikan kereta, namun cuba melarikan diri dengan memecut laju kenderaan. Bagaimanapun, mereka berjaya dipintas selepas 10 kilometer dikejar anggota. "Ketika cuba menahan mereka, seora..

Tangisan Hazama

Tangisan HazamaHazama menangis sewaktu penggambaran drama Ammar & Opie. FOTO HAFIZ SOHAIMI Norhayati Nordinyati@hmetro.com.my PENYANYI lagu Relakan Jiwa, Hazama, 34, akui dia menangis tanpa henti selama dua bulan ketika penggambaran drama Ammar & Opie arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin untuk TV3. Hazama ditemui berkata dia yang sering disogok dengan watak komedi dalam lakonannya terdahulu, mencabar diri untuk bermain dengan emosi. "Drama Ammar & Opie ini adalah karya pertama lakonan saya untuk watak serius dan banyak bermain emosi meruntun jiwa. "Walaupun ia drama mengisahkan perjalanan hidup Ammar lakonan saya yang memburu impian untuk jadi penyanyi popular tetapi begitu banyak permainan emosi di dalamnya. "Dalam drama ini, saya perlu banyak menangis dan ia bukan mudah dilakukan hingga saya pernah terfikir silap membuat keputusan menerima tawaran berlakon. "Ini kerana, faktor utama saya setuju berlakon dalam drama Ammar & Opie itu hanya nak ambil peluang bekerjasama dengan Dat..

Perutusan PM sempena Hari Kebangsaan 2018

Perutusan PM sempena Hari Kebangsaan 2018WARGA Malaysia menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. FOTO Aswadi Alias BERNAMABerikut ialah teks penuh perutusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018: “Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia.1. Buat ke sekian kalinya, kita menyambut Hari Kebangsaan. Secara rasminya, ia adalah Hari Kebangsaan kita kali yang ke-61 mengikut kiraan hari pengumuman kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka. 2. Banyak peristiwa yang telah dilalui oleh Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dari jajahan British kepada sebuah Negara berdaulat dan bebas melakar halatujunya mengikut acuannya sendiri. 3. Mulai dari hari itu tugas yang digalas oleh Kerajaan dan juga rakyat ialah mengisi kemerdekaan tersebut. 4. Cabaran yang dihadapi bukan sedikit. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, semuanya terpaksa ..

Nostalgia zaman sekolah

Nostalgia zaman sekolahNAIM (kiri) dan Ismail. FOTO Aziah Azmee Michelle Gunmichellegun@hmetro.com.mySetiap individu mempunyai kenangan manis menyambut Hari Kebangsaan. Bagi selebriti Ismail Izzani dan Naim Daniel, kenangan menyambut ulang tahun hari bersejarah negara itu ialah ketika mereka bersekolah. Pelakon dan penyanyi Naim Daniel, 21, berkata, mendeklamasikan sajak sewaktu di sekolah menengah sentiasa menjadi kenangan sukar dilupakan. “Ketika itu, saya berada di tingkatan lima. Selaku ketua pengawas dan pelajar, saya diminta guru mendeklamasikan sajak sempena sambutan Hari Kebangsaan,” katanya. Menurut pelakon Bisik Pada Langit itu, dia menghasilkan sajak sendiri dan menonton filem Embun untuk mendapatkan ilham. “Sebagai generasi muda, saya tidak pernah merasai kesusahan dan pengorbanan pejuang silam demi membebaskan tanah air daripada penjajah. “Jadi, filem itu banyak memberi idea kepada saya untuk menghasilkan sajak,” katanya. Sebagai anak seni, Naim berpendapat artis me..

Debaran buru tiga mata

Debaran buru tiga mata ReutersManchester, England: Tekanan memuncak buat Manchester United ketika mereka berkunjung ke Burnley, Ahad ini terdesak untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam apa yang dilihat permulaan buruk kempen Liga Perdana Inggeris musim ini. Kekalahan 0-3 di laman sendiri kepada Tottenham Hotspur awal pagi Selasa lalu menyusuli kekalahan 2-3 di Brighton dan kelemahan benteng pertahanan menjadi punca dua kekalahan anak buah Jose Mourinho. Kemarahan Mourinho ketika sidang akhbar pasca perlawanan meningkatkan tumpuan terhadap corak pengurusannya, namun tiada sebarang petunjuk daripada lembaga pengarah United bahawa mereka mahukan perubahan di bangku simpanan. Bagaimanapun, kekalahan di Turf Moor pasti mencetus kebimbangan besar mengenai hala tuju kelab itu di bawah kendalian bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu. Mungkin agak melegakan Mourinho kerana Burnley belum menemui sentuhan seperti dipamerkan mereka musim lalu, apabila mereka secara mengejut bera..

Indahnya aturan jodoh

Indahnya aturan jodohHILMI Syukran bersama Nurul Huda ketika berbulan madu di Langkawi. Mahaizura Abd Malikmahaizura@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Berkenalan cuma sehari melalui Facebook (FB) sebelum kedua-duanya bertemu dan sepakat meneruskan ikatan ke jinjang pelamin. Itulah uniknya kisah cinta pandang pertama, Hilmi Syukran Mohd Rashid, 25, dan suri hatinya, Nurul Huda Hamat, 25, yang selamat diijabkabulkan pada 18 Ogos lalu. Guru bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kampung Hubong, Endau, Johor itu berkata, perkenalan mereka berlaku secara tidak sengaja apabila dia jatuh hati pandang pertama melihat foto isteri bersama rakannya di FB yang dimuat naik rakan mereka pada Aidilfitri lalu. “Pada 18 Julai lalu, saya terpandang gambar kawan saya bersama empat rakan wanitanya sebelum saya komen ‘jubah hitam’ kerana dalam ramai-ramai itu, saya suka tengok dia. Tak sangka pula kawan sekolah saya itu ‘tag’ FB isteri saya yang juga kawan baik dia. “Apabila tahu identiti empunya badan jubah hitam it..

Kejamnya!

Kejamnya!BANGKAI gajah dipercayai ditembak oleh pemburu untuk mengambil gadingnya untuk dijual di pasaran Asia, bangkai gajah berkenaan ditemui Jabatan Perlindungan ditemui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang di Hutan Simpan Lesung, Rompin pada penghujung tahun lalu. FOTO Ihsan PERHILITAN Amin Ridzuan Ishak dan T.N.Alageshcnews@nstp.com.my DITEMBAK di kepala sebelum gajah dewasa dipotong di bahagian mulutnya menggunakan gergaji rantai untuk mendapatkan gadingnya. Itu penyeksaan dilalui gajah dewasa yang kematiannya dikesan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang di hutan simpan di negeri ini pada penghujung tahun lalu yang menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan ancaman pemburu haram. Penjualan gading gajah mampu memberi pulangan lumayan iaitu sehingga mencecah AS$2,000 (RM8,100) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk pasaran luar negara menyebabkan gajah kini berdepan ancaman pemburu haram. Pembersihan hutan mendeda..

'Kami malu dengan kawan-kawan'

'Kami malu dengan kawan-kawan'TIGA beradik, Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, Nur Alia Adila, 11, dan Nur Alia Apira, 9 menunjukkan pakaian seragam sekolah yang dibeli ibunya tetapi tidak dapat ke sekolah ketika ditemui di Kampung Panggong Lalat. FOTO Ramli Ibrahim Ramli Ibrahimcnews@nstp.com.my MALU dengan rakan sebaya, tiga beradik yang terpaksa berhenti sekolah sejak setahun lalu kerana kemiskinan keluarga, hanya berkurung dalam rumah. Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, kakak sulung tiga beradik terbabit berkata, mereka sedia tinggal di asrama jika dibenarkan bersekolah semula. “Setakat ini belum ada sebarang tawaran daripada Jabatan Pendidikan berhubung perkara itu. Tolonglah, kami tiga beradik mahu bersekolah semula. "Saya dan dua adik memang teringin sangat ingin ke sekolah seperti rakan lain,” katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan kemiskinan hidup menyebabkan tiga beradik terpaksa berhenti sekolah dan tidak lagi bergaul dengan rakan sebaya mereka. Mereka terpa..

Tergilis anak

Tergilis anakKEADAAN kereta terbabit kemalangan itu. FOTO Ihsan Pembaca Muhamaad Razis Ismailrazis@nstp.com.myKANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun maut selepas digilis kereta yang dipandu bapanya di hadapan sebuah restoran di Jalan Kota Bharu di Kota Bharu, malam tadi. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa Muhammad Rayyan Rizqi Mohd Fakhrul Zaman maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika kejadian, mangsa bersama ibu bapanya baru selesai makan di sebuah restoran. Katanya, mereka kemudian ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumah. “Mangsa dan bapanya berusia 38 tahun masuk ke dalam kereta Proton Iris sebelum dia diletakkan di tempat duduk penumpang depan . Mangsa dilihat menyandar di pintu hadapan sebelah kiri. “Ibu mangsa yang berada di luar kemudian membuka pintu sebelum mangsa terjatuh ke luar kereta..